Komunikasi berimplikatur: pelestarian warisan kesantunan bahasa Melayu pada papan tanda lalulintas di negeri Pahang / Noli Maishara Nordin … [et al.]

Masyarakat Melayu lazimya terkenal dengan kesantunan yang tinggi serta kehalusan budi bahasanya. Kesantunan tersebut sentiasa dizahirkan melalui penggunaan bahasa tersirat ataupun komunikasi berimplikatur yang diaplikasikan dalam pertuturan dan penulisan. Namun, tradisi penggunaan komunikasi berimpl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nordin, Noli Maishara, Sadjirin, Roslan, Abdul Aziz, Roslina, Mohammad Hanapi, Normadiana
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67980/1/67980.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67980/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Melayu lazimya terkenal dengan kesantunan yang tinggi serta kehalusan budi bahasanya. Kesantunan tersebut sentiasa dizahirkan melalui penggunaan bahasa tersirat ataupun komunikasi berimplikatur yang diaplikasikan dalam pertuturan dan penulisan. Namun, tradisi penggunaan komunikasi berimplikatur dalam masyarakat Melayu yang telah diamalkan sejak dahulu lagi telah diperkembangkan ke satu dimensi yang berbeza dan lebih segar seperti yang dipaparkan pada papan tanda lalulintas. Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau komunikasi berimplikatur melalui analisis Teori Relevans dengan menggunakan papan tanda lalulintas di Negeri Pahang bagi mensahihkan pemyataan di atas. Komunikasi berimplikatur yang terdapat pada papan tanda lalulintas tersebut akan dihuraikan menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis method) bagi memudahkan pemahaman untuk mengetahui fungsi sebenar penggunaanya dalam masyarakat Melayu. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa fungsi ujaran yang berimplikatur pada papan tanda lalulintas di negeri Pahang bertindak sebagai sindiran, penyataan kekecewaan dan peringatan kepada masyarakat melayu khususnya dan pengguna jalan raya amnya. Justeru, warisan kesantunan Bahasa Melayu dapat terus dilestarikan melalui komunikasi berimplikatur pada papan tanda lalulintas untuk generasi mendatang.