Bengkel Penjanaan Jadual Waktu Kuliah Sesi Mac-Ogos 2022 / Normaziah Abdul Rahman and Haslinda Noradzan

Bengkel Penjanaan Jadual Waktu Kuliah bagi semua pensyarah dan pelajar di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dijalankan pada setiap semester sebelum sesi pengkuliahan bermula. Bengkel ini diadakan selama seminggu dengan objektif utamanya untuk membolehkan jadual waktu kuliah dapat dijana,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman, Normaziah, Noradzan, Haslinda
Format: Monograph
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67255/1/67255.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67255/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bengkel Penjanaan Jadual Waktu Kuliah bagi semua pensyarah dan pelajar di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dijalankan pada setiap semester sebelum sesi pengkuliahan bermula. Bengkel ini diadakan selama seminggu dengan objektif utamanya untuk membolehkan jadual waktu kuliah dapat dijana, seterusnya melancarkan proses pendaftaran kursus pelajar dan kelangsungan sesi akademik bagi semester akan datang. Penjanaan jadual waktu kuliah ini melibatkan ketiga-tiga fakulti di UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Seremban iaitu Fakulti Sains Komputer Dan Matematik (FSKM), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP). Jadual waktu kuliah yang dijana ini melibatkan semua pelajar dari 5 program diploma dan 10 program ijazah sarjana muda yang ditawarkan. la turut melibatkan penjanaan jadual waktu kuliah bagi pensyarah bagi setiap fakulti dan jabatan termasuk kod kursus yang ditawarkan oleh fakulti lain seperti Akademi Pengajian Bahasa, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Undang-undang dan juga Unit Ko-kurikulum yang berada di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Proses penjanaan jadual waktu kuliah dibuat dengan kerjasama daripada ahli jawatankuasa yang dilantik mewakili setiap fakulti, jabatan dan unit. la bertujuan memastikan agar jadual waktu kuliah yang dijana adalah memenuhi keperluan kod-kod kursus terlibat dan bersesuaian dengan keperluan dan kekangan pensyarah di fakulti atau jabatan masing-masing.