Pembangunan diri: kenali personaliti diri / Dr. Jamilah Mohd Mahyideen, Nurhanani Aflizan Mohamad Rusli and Hafisah Yaakob

Secara umum personaliti merujuk kepada perwatakan, kelakuan, sikap dan cara berfikir yang ditunjukkan baik secara bersendirian mahupun di khalayak umum. Di awal usia, personaliti seseorang banyak dibentuk dan dipengaruhi menerusi pengalaman di zaman kanak-kanak dan persekitaran dan akan mempunyai pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Mahyideen, Dr. Jamilah, Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan, Yaakob, Hafisah
Format: Article
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64971/1/64971.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64971/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara umum personaliti merujuk kepada perwatakan, kelakuan, sikap dan cara berfikir yang ditunjukkan baik secara bersendirian mahupun di khalayak umum. Di awal usia, personaliti seseorang banyak dibentuk dan dipengaruhi menerusi pengalaman di zaman kanak-kanak dan persekitaran dan akan mempunyai personaliti yang lebih stabil setelah meningkat dewasa. Mengenali personaliti seseorang dapat membawa pemahaman yang lebih tinggi kepada hubungan interpersonal dan pembinaan sesebuah pasukan kerja. Adalah penting untuk majikan menempatkan orang yang tepat untuk sesuatu pekerjaan, bersesuaian dengan keperibadiannya. Kegagalan dalam mengenal pasti kesesuaian personaliti seseorang terhadap pekerjaan yang dilakukan akan mengakibatkan kerugian kepada sesuatu perniagaan ataupun pekerja itu sendiri seperti produktiviti yang rendah dan ponteng kerja. Salah satu contoh ketidaksesuaian penempatan pekerja pada pekerjaannya seperti seseorang yang personalitinya adalah pemalu, namun ditempatkan di bahagian pemasaran ataupun khidmat pelanggan. Untuk memudahkan pemahaman, jenis personaliti dibahagikan kepada empat (4) kategori asas dan dirujuk sebagai A, B, C, dan D.