Kepentingan perkembangan kepakaran untuk pengajaran / Mohd Nazri Mohd Noor, Nik Ismail Harun and Roslan Jamaludin

Kertas kerja ini membincangkan tentang kepentingan perkembangan kepakaran untuk pengajaran dalam dunia pembelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM). UiTM kini bukan sekadar institusi yang menghasilkan graduan berkualiti malah fungsinya perlu menjangkau lebih daripada itu. Kepakaran pensyarah UiT...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Noor, Mohd Nazri, Harun, Nik Ismail, Jamaludin, Roslan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57271/1/57271.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57271/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan tentang kepentingan perkembangan kepakaran untuk pengajaran dalam dunia pembelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM). UiTM kini bukan sekadar institusi yang menghasilkan graduan berkualiti malah fungsinya perlu menjangkau lebih daripada itu. Kepakaran pensyarah UiTM sangat diperlukan untuk membantu industri agar bertambah maju dan lebih berdaya saing. Kesan yang akan diperolehi oleh UiTM hasil daripada pelaksanaan kertas kerja ini akan boleh dinikmati untuk jangkamasa panjang khususnya dari aspek pengembangan ilmu. Perkembangan kepakaran berupaya memberikan pulangan yang tinggi terhadap universiti dan mampu menjadi pemangkin kepada aktiviti penyelidikan, penulisan begitu juga dengan penerbitan. Idea-idea dan kepakaran pensyarah jika digabungjalinkan dengan pengalaman industri pula akan berupaya meningkatkan lagi nilai harga diri pensyarah. Pihak UiTM juga berpeluang untuk mengenal pasti bidang kepakaran yang diperlukan oleh pihak industri seterusnya menggubal kursus di universiti bagi melengkapi keperluan tenaga kerja industri untuk masa hadapan. Usaha sebegini juga akan membantu UiTM menjadi lebih dikenali dan dihormati di mata dunia. Industri pula akan terus menghargai pensyarah dan universiti sebagai sebuah institusi yang mampu mengubah nasib dan masa depan mereka dalam industri masing-masing. Justeru itu, bagi mencapai matlamat tersebut satu direktori khas kepakaran pensyarah perlu diwujudkan sebagai pemangkin untuk jalinan industri dan pensyarah UiTM Pahang.