Era modenisme dan pascamodenisme: suatu transformasi seni visual dalam konteks sosiobudaya / Mohamad Kamal Abb. Aziz

Kertas kerja ini menyoroti teori-teori pemikiran modernisme yang sudah lama wujud dalam masyarakat dan menyelusuri bagaimana pembentukan pasca modernisme mulai mengambil tempat dalam masyarakat khususnya melibatkan seni visual. Kehadiran pemikiran pasca modernisme dikatakan sebagai sikap anti modern...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abb. Aziz, Mohamad Kamal
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Art and Design 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50972/1/50972.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50972/
https://melaka.uitm.edu.my/ijad/index.php/current-paper/volume-2-november-2024
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini menyoroti teori-teori pemikiran modernisme yang sudah lama wujud dalam masyarakat dan menyelusuri bagaimana pembentukan pasca modernisme mulai mengambil tempat dalam masyarakat khususnya melibatkan seni visual. Kehadiran pemikiran pasca modernisme dikatakan sebagai sikap anti modernism. Justeru, persoalannya adakah ia muncul sebagai suatu andaian atau berlakunya suatu anjakan atau transformasi dalam memacu pertumbuhan dan perkembangan seni dan budaya. Objektif kajian ini ialah untuk membicarakan akan trend perubahan pemikiran pendukung seni ke atas fenomena seni visual dan budaya sejak dari era modernism lagi. Namun. sejauh mana kehadiran pemikiran pasca modernisme yang dikatakan sebagai anti modernism benar-benar dipaktikkan atau pemikiran modernism sememangnya sudah mati? Kenyataan tersebut turut merungkai pelbagai tanggapan atau benarkah belum ada suatu tafsiran atau pengertian yang jitu dan jelas antara “seni modern” dan “seni pascamoden”? Hal tersebut turut ditandai dengan munculnya pelbagai tafsiran serta masih wujudnya polemik atau bahasan di kalangan para ilmuan khususnya dalam wacana seni budaya. Kajian ini adalah menggunakan penyelidikan sekunder dengan bersandarkan kepada pelbagai teori dari disiplin ilmu. Sementara itu temu bual turut dilakukan dengan sejarawan seni tanah air dalam merungkai persoalan ini. Meskipun wujud pelbagai keraguan dalam pemisahan antara “modernism” dan “postmodernisme” namun ia memberikan suatu input yang menarik sehingga sering dikaitkan dengan munculnya beberapa ciri-ciri pemikiran serta gaya era pascamoden yang berbeza dari segi idea, konsep, pendekatan, bahan, penampilan, persembahan, idea, tafsiran dan pemaknaannya yang menjurus kepada transformasi seni visual dalam konteks sosio-budaya masakini.