Pempolitikan dan reformasi pengurusan awam di Malaysia / Ahmad Faiz Yaakob and Kartini Aboo Talib@Khalid

Kajian ini memfokuskan perbincangan tentang bentuk atau sasaran pempolitikan di kalangan pegawai atasan dalam konteks reformasi pengurusan dalam sektor awam. Konsep pempolitikan yang diketengahkan ini berdasarkan teori pengurusan awam baru yang menekan dan mengikhtiraf ciri atau karektor politik dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yaakob, Ahmad Faiz, Talib@Khalid, Kartini Aboo
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA 2020
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47359/1/47359.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47359/
http://jas.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan perbincangan tentang bentuk atau sasaran pempolitikan di kalangan pegawai atasan dalam konteks reformasi pengurusan dalam sektor awam. Konsep pempolitikan yang diketengahkan ini berdasarkan teori pengurusan awam baru yang menekan dan mengikhtiraf ciri atau karektor politik dalam pentadbiran, bercanggah dengan teori pentadiran awam tradisional yang menekankan kepada perlunya kepada pemisahan di antara politik dan pentadbiran. Bagaimanapun, berbeza di barat titik temu di antara politik dan pentadbiran sudah terjawab apabila model PAT ditolak antara lain kerana faktor policy deadlock dan kemudiannya mengorak kepada pengurusan awam baru. Di Malaysia, pengasingan di antara birokrasi dan politik atau pengurusan masih kabur. Birokrasi adalah satu proses yang menghalang campur tangan politik namun ia seringkali dilihat tanpa sempadan yang jelas dari segi sejauhmana ianya dibenarkan. Dapatan menunjukkan reformasi pengurusan atau secara khususnya melalui tingkah laku politik-pentadbiran yang disingkap melalui hubungan di antara ahli politik dan birokrat, fasa kepimpinan dan pemimpin dan simbolik politik telah menggugat profesionalisme dam akauntabiliti dalam kalangan pegawai atasan kerajaan. Oleh itu PAB bukanlah satu model pengurusan awam yang istimewa di Malaysia kerana titik-temu politik telah membawa kepada ketidakcekapan, berbanding kecekapan di bawah politik integriti seperti yang ditakrif di barat.