Mekanisme penilaian kursus dan hubungannya dengan penerimaan pelajar terhadap kursus CTU di UiTM / Rubiah Abu Bakar … [et al.]

Kajian ini bertujuan untuk meninjau mekanisme penilaian kursus dan hubungannya dengan penerimaan pelajar terhadap kursus CTU di UiTM. Kajian ini melibatkan seramai 300 orang pelajar sebagai responden yang mengambil kursus CTU dan sedang mengikuti kursus Diploma di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Rubiah, Ismail, Che Zuina, Abu Bakar, Ahmad Fakhrulazizi, Abd Aziz, Najdah
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42870/1/42870.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42870/
https://jcis.uitm.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau mekanisme penilaian kursus dan hubungannya dengan penerimaan pelajar terhadap kursus CTU di UiTM. Kajian ini melibatkan seramai 300 orang pelajar sebagai responden yang mengambil kursus CTU dan sedang mengikuti kursus Diploma di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu. Instrumen soal selidik telah dibina dan disahkan kandungannya dengan tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach (0.964) - tinggi. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, sisihan piawai, peratus, dan korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati mekanisme penilaian kursus diterima dengan baik dengan purata min (3.999) dan berada pada tahap tinggi. Analisa korelasi mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara mekanisme penilaian kursus dengan penerimaan pelajar terhadap kursus CTU. Implikasi kajian telah merumuskan elemen-elemen penilaian kursus perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam usaha untuk membantu penerimaan pelajar terhadap kursus CTU agar sistem pembelajaran berjaya mencapai objektif yang dirangka.