Rekabentuk modul pembelajaran sokongan sistem nombor peringkat rendah / Rafizah Kechil, Siti Balqis Mahlan and Norazah Umar.

Pencapaian pelajar dalam matapelajaran matematik di kalangan pelajar sekolah di negara ini masih pada tahap rendah sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti. Masyarakat sedia maklum bahawa pencapaian matematik pelajar di luar bandar adalah lebih rendah berbanding pelajar bandar. Mengambil kira sen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kechil, Rafizah, Mahlan, Siti Balqis, Umar, Norazah
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42332/1/42332.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42332/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pencapaian pelajar dalam matapelajaran matematik di kalangan pelajar sekolah di negara ini masih pada tahap rendah sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti. Masyarakat sedia maklum bahawa pencapaian matematik pelajar di luar bandar adalah lebih rendah berbanding pelajar bandar. Mengambil kira senario ini, Modul Sokongan Sistem Nombor Peringkat Rendah direkabentuk sebagai altenatif bagi membantu mempertingkatkan kemahiran serta motivasi pelajar dalam mempelajari matematik. Modul ini memberi tumpuan dalam peningkatan kefahaman sistem nombor peringkat rendah yang merupakan asas kepada matapelajaran matematik. Modul tersebut dibahagikan kepada dua bahagian. Modul I memberi penekanan kepada konsep sistem nombor, manakala Modul II pula, penekanan kepada penyelesaian masalah melibatkan sistem nombor. Pendekatan pembelajaran yang digunakan ialah pembelajaran berbantu komputer dan pembelajaran koperatif. Modul yang telah direkabentuk diperkenalkan kepada pelajar Tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Analisa dilakukan bagi mengetahui keberkesanan penggunaan modul tersebut kepada pelajar- pelajar tersebut. Dapatan kajian mendapati adanya peningkatan dalam pencapaian pelajar setelah didedahkan dengan Modul I. Bagi Modul II, pelajar tidak menunjukkan peningkatan. Masalah ini berpunca dari kelemahan menterjemahkan masalah matematik kepada pengiraan.