Sumbangan murabbi ke arab pemantapan akademik: Penilaian terhadap tahap kepuasan dan pencapaian pelajar / Ruaain Hj Mustari, Norakmal Abdul Hamid and Nor Habibah Tarmuji

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah institusi pendidikan yang khusus untuk memberi peluang pengajian tinggi kepada anak- anak Bumiputera di negara ini, terutama bangsa Melayu. Setiap pelajar nya wajib untuk lulus bagi matapelajaran berteraskan Islam, kursus yang telah pun diperkenalk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustari, Ruaain, Abdul Hamid, Norakmal, Tarmuji, Nor Habibah
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40681/1/40681.PDF
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40681/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah institusi pendidikan yang khusus untuk memberi peluang pengajian tinggi kepada anak- anak Bumiputera di negara ini, terutama bangsa Melayu. Setiap pelajar nya wajib untuk lulus bagi matapelajaran berteraskan Islam, kursus yang telah pun diperkenalkan di Universiti ini semenjak tahun 1975. Oleh kerana kursus ini adalah subjek wajib lulus bagi membolehkan pelajar bergraduasi dan dikira sebagai asas pengetahuan yang perlu diketahui sebagai seorang Muslim, adalah memeranjatkan sekira nya pelajar gagal di dalam subjek berkenaan. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai tahap kepuasan pelajar terhadap sumbangan murabbi dan pencapaian keputusan peperiksaaan sesi Disember- April 2013 bagi kursus Prinsip- Prinsip Asas Islam (CTU101). Hasil kajian mendapati pelajar-pelajar bagi setiap kumpulan berpuashati dengan sumbangan murabbi (penerapan kesedaran, memupuk sifat akrab, pembelajaran yang ceria dan mengadakan program-program kaunseling dan motivasi) tetapi purata pencapaian pelajar adalah sederhana pada purata B-. Sehubungan itu, kumpulan pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu kumpulan pelajar berpencapaian baik dan sederhana. Analisis menunjukkan purata tahap kepuasan kumpulan pelajar terhadap sumbangan murabbi adalah sama bagi dua kategori pencapaian pelajar. Kajian akan datang perlu dilakukan untuk mengenalpasli faktor pencapaian yang sederhana dari perspektif lain untuk mencapai graj GAGAL SIFAR dalam subjek CTU101.