Persepsi pelajar terhadap pensyarah Unit Pendidikan Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin / Norhafizah Mohd Ghazali

Proses pembentukan akhlak dan penerapan nilai murni dalam diri pelajar yang sering dikaitkan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam dilihat sebagai tidak berhasil apabila penyakit sosial seperti keruntuhan akhlak dan masalah disiplin semakin menular dalam kalangan pelajar. Amalan pengajaran berkesan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Ghazali, Mohd Ghazali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34210/1/34208.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34210/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses pembentukan akhlak dan penerapan nilai murni dalam diri pelajar yang sering dikaitkan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam dilihat sebagai tidak berhasil apabila penyakit sosial seperti keruntuhan akhlak dan masalah disiplin semakin menular dalam kalangan pelajar. Amalan pengajaran berkesan yang kurang dipraktikkan menyebabkan pelajar tidak menguasai kemahiran insaniah yang amat dititikberatkan pada masa kini. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini dijalankan untuk membuat penilaian secara kritis tentang persepsi pelajar terhadap pensyarah Unit Pendidikan Islam dari sudut kaedah pengajaran, gaya interaksi dan gaya personaliti. Responden terdiri daripada 120 orang pelajar semester dua Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan elemen soal selidik untuk proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati persepsi positif diberikan oleh pelajar terhadap pensyarah Unit Pendidikan Islam. Sesungguhnya, usaha dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kerjasama yang padu daripada pensyarahpensyarah, pihak Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) serta pihak pengurusan politeknik.