Hubungan public service motivation (PSM) dengan komitmen kakitangan awam: kajian ke atas badan berkanun di negeri Kedah / Sharifuzah Osman and Nor Azizah Zainal Abidin

Usaha kerajaan dalam meningkat kualiti perkhidmatan awam di negara ini tidak pernah berhenti malah sentiasa diperhebatkan dari masa ke semasa. Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kualiti system penyampaian amat ditekankan. Tagline Satu Malaysia: rakyat didahulukan, prestasi diutama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Osman, Sharifuzah, Zainal Abidin, Nor Azizah
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33508/1/33508.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33508/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Usaha kerajaan dalam meningkat kualiti perkhidmatan awam di negara ini tidak pernah berhenti malah sentiasa diperhebatkan dari masa ke semasa. Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kualiti system penyampaian amat ditekankan. Tagline Satu Malaysia: rakyat didahulukan, prestasi diutamakan merupakan petunjuk bahawa kerajaan amat komited terhadap usaha-usaha meningkatkan sistem penyampaian awam. Walau bagaimanapun, pencapaian matlamat tersebut memerlukan kesungguhan dan motivasi yang tinggi daripada penjawat awam. Tanpa pembolehubah tersebut, peranan sektor awam selaku pemudahcara kepada penciptaan kekayaan negara dan pemelihara kemaslahatan rakyat mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Kajian berkenaan motivasi dalam kalangan penjawat awam terutamanya di Barat mendapati bahawa komitmen kerja penjawat awam didorong oleh motif ingin berbakti dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Motif sedemikian dirujuk sebagai Public Service Motivation (PSM) oleh James L. Perry dan Lois Recascino Wise (1990). Kertas kerja ini akan membincangkan tentang (i) tahap PSM dan komitmen terhadap organisasi dan (ii) hubungan antara PSM dengan komitmen kerja penjawat awam berdasarkan hasil kajian yang telah dilaksanakan ke atas sebuah badan berkanun di negeri Kedah.