Sejarah perkembangan Bandar Tapah dan senibina peninggalan penjajah hingga kini / Jafri Merican bin Din Merican

Tapah ialah sebuah bandar di selatan Negeri Perak yang terkenal ke seluruh negara terutama sekali kepada pelancung-pelaneung dari luar dan dalam negeri yang berkunjung ke Cameron Highlands. Ini kerana kedudukannya di kaki bukit di Banjaran Titiwangsa menjadikannya persimpangan jalan untuk ke ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jafri Merican, Din Merican
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning & Surveying 1988
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/329/1/PP_JAFRI%20MERICAN%20DIN%20MERICAN_88%205%201.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/329/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tapah ialah sebuah bandar di selatan Negeri Perak yang terkenal ke seluruh negara terutama sekali kepada pelancung-pelaneung dari luar dan dalam negeri yang berkunjung ke Cameron Highlands. Ini kerana kedudukannya di kaki bukit di Banjaran Titiwangsa menjadikannya persimpangan jalan untuk ke kawasan peranginan tersebut dari lebuhraya utara-selatan. Selain daripada menjadi ibu~daerah jajahan Batang Padang, Tapah ialah bandar yang terkanan sekali di daerah ini di mana ketua-ketua jabatan beribu pejabat. Sejak tahun 1889 lagi Tapah telah mula dibina sebagai ibu daerah jajahan Batang Padang oleh Kerajaan British. Tapah telah terpilih daripada kampung-kampung lain kerana kedudukannya yang teristimewa. Ia bukan sahaja terletak di tebing sungai terbesar daerah ini iaitu Sungai Batang Padang, malah Tapah juga berada di tengah-tengah kawasan perlombongan bijih timah yang terdapat- di mukim Batang Padang, Chenderiang dan Bidor. Tambahan pula pada masa itu penduduknya seramai 1,800 orang menjadikannya tempat yang teramai sekali penduduk di jajahan ini. Oleh yang demikian, j ika diperhatikan dari segi senibina bandar Tapah maka banyaklah terdapat bangunanbangunan koionial peninggalan penjajah. Ini selaras dengan perkembangannya di bawah pemerintahan British yang mana Jabatan Kerja Raya pada masa itu telah membina bangunanbangunan kerajaan seperti pejabat daerah, bangunan mahkamah, pejabat pos, balai polis, balai bomba, sekolah dan rumah sakit. Selain itu rumah-rumah kedai telah dibina menggunakan batu-bata dan mempunyai kaki lima berteduh atau "verandah way" dengan usaha peniaga-peniaga yang bertumpu ke sini. Kajian ini akan meneliti sejarah perkembangan bandar Tapah dan memberi penekanan daiam aspek senibina peninggalan penjajah.