Kedudukan subjek dalam aspek komposisi: Kajian terhadap Filem Hikayat Merong Mahawangsa (2011) / Mohd Afnan Mohd Fauzi

Aspek komposisi kebiasaannya dijelmakan menerusi kedudukan kamera dan susun atur set, prop dan pelakon. Melalui komposisi yang terhasil, pengarah cuba untuk menyampaikan maksud atau menyatakan makna tertentu terhadap babak dalam filem. Malah komposisi yang dihasilkan mampu untuk memberi satu perasaa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fauzi, Mohd Afnan
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15116/1/PPb_MOHD%20AFNAN%20MOHD%20FAUZI%20FF%2014_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15116/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aspek komposisi kebiasaannya dijelmakan menerusi kedudukan kamera dan susun atur set, prop dan pelakon. Melalui komposisi yang terhasil, pengarah cuba untuk menyampaikan maksud atau menyatakan makna tertentu terhadap babak dalam filem. Malah komposisi yang dihasilkan mampu untuk memberi satu perasaan yang kurang menyenangkan terhadap penonton. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan filem hikayat yang telah diadaptasi menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa (2011) arahan Yusy Abdul Halim. Kajian ini akan mengupas kedudukan subjek dalam aspek komposisi serta dikaitkan dengan sinematik elemen menerusi mise-en-scene dan sinematografi. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa komposisi sangat penting di dalam visual yang mampu untuk mencetuskan perasaan kepada penonton. Di samping itu, komposisi yang dihasilkan juga disulami dengan makna tertentu yang menjadikan suatu babak itu mempunyai maksud tersirat di sebalik visual yang dihasilkan. Paradigm kajian ini bersifat kualitatif dengan memfokuskan teks filem sebagai objek analisis. Antara kaedah kajian utama yang digunakan adalah analisis kandungan, kajian perpustakaan dan internet, dan penontonan babak ke babak