Tahap pencapaian murid-murid tahun enam dalam modul khatam al-Quran j-QAF: satu kajian di sekolah kebangsaan daerah Kuala Muda, Yan
Kajian ini dilakukan ke atas 3443 orang murid daripada 23 buah sekolah kebangsaan di dalam daerah Kuala Muda Yan kedah. Mereka terdiri daripada murid lelaki dan perempuan generasi pertama program j-QAF kohort 2005. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian literasi al-...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://library.oum.edu.my/repository/664/1/tahap_fairuz.pdf http://library.oum.edu.my/repository/664/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilakukan ke atas 3443 orang murid daripada 23 buah sekolah kebangsaan
di dalam daerah Kuala Muda Yan kedah. Mereka terdiri daripada murid lelaki dan
perempuan generasi pertama program j-QAF kohort 2005. Tujuan utama kajian ini
adalah untuk mengetahui tahap pencapaian literasi al-Quran secara keseluruhan
daripada murid berdasarkan kepada Modul Khatam al-Quran j-QAF. Penyelidikan ini
juga dijalankan untuk mengetahui apakah terdapat perbezaan tahap kebolehan bacaan
al-Quran dikalangan murid berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan skor markah
bacaan mereka. Selain itu kajian ini cuba melihat peningkatan prestasi murid yang
berlaku antara enam bulan pertama persekolahan dan enam bulan kedua persekolahan.
Data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package For Social
Science) versi 17 dan Mcrosoft Exel 2007. Analisis deskriptif digunakan untuk
memberi tafsiran kepada data dan seterusnya menjawab persoalan kajian. Analisis
mendapati 81% murid telah menguasai bacaan al-quran dan 18.4% murid masih di
dalam sukatan Iqra satu hingga enam. Kemampuan murid dalam penguasaan bacaan
al-Quran berada ditahap yang memuaskan. Kajian ini juga mendapati wujudnya
peningkatan yang positif dalam literasi al-Quran murid antara enam bulan pertama
persekolahan dan enam bulan kedua persekolahan. Walaubagaimanapun, matlamat
utama program ini untuk 100% khatam al-Quran belum tercapai kerana masih
terdapat 0.78% murid yang gagal menghabiskan sukatan khatam al-Quran bersama
guru. Jumlah ini walaupun kecil, namun ia memerlukan perhatian segera agar tidak
berlaku lagi keciciran pada masa akan datang. (Abstract by author) |
---|