Hubungan antara Punca Stres Kerja dan Tahap Kemurungan dalam Kalangan Penjawat Awam Kumpulan Sokongan Hospital Miri

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara punca stres kerja dan tahap kemurungan dalam kalangan penjawat awam kumpulan sokongan yang bertugas di Hospital Miri. Stres kerja sering terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan kebolehan, sumber dan kehendak pekerja dalam organisasi. I...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jonathan Bin Wilibrode,
Format: Other
Published: Open University Malaysia 2020
Subjects:
Online Access:http://library.oum.edu.my/repository/1323/1/library-document-1323.pdf
http://library.oum.edu.my/repository/1323/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara punca stres kerja dan tahap kemurungan dalam kalangan penjawat awam kumpulan sokongan yang bertugas di Hospital Miri. Stres kerja sering terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan kebolehan, sumber dan kehendak pekerja dalam organisasi. Ianya memberi kesan dan impak ke atas psikologi dan fisiologi manusia. Kajian berbentuk tinjauan survei kuantitatif ini merangkumi penyertaan 363 orang responden yang terdiri daripada kakitangan kumpulan perkhidmatan sokongan pelbagai penjawatan dari gred 1 hingga gred 40 antaranya Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru X-ray, Jururawat Masyarakat, Pembantu Perawatan Kesihatan, Pembantu Tadbir dan pelbagai lagi penjawatan perkhidmatan kumpulan sokongan. Alat kajian menggunakan borang soal selidik telah digunakan untuk mengukur tahap Stres dan Kemurungan yang merangkumi Penilaian Punca Stres Melalui Tanggapan Pekerja, Depression Anxiety and Stress Scales (DASS-21) dan Inventori Kemurungan Beck (BDI-II). Dapatan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan analisis statistik diskriptif Crosstabulation dan Kolerasi Pearson untuk menguji kesignifikan serta mengesahkan hubungan antara pemboleh ubah yang digunakan. Secara keseluruhannya faktor tidak cukup kakitangan untuk membuat tugasan merupakan tanggapan punca stres kerja yang paling tinggi iaitu 33.90% (n = 123) diikuti oleh suasana kerja yang tidak selesa 28.40% dan gaji yang tidak mencukupi 27%. Sejumlah 53.20% (n = 193) responden mengalami keterukan stres kerja yang sederhana manakala 8.50% (n = 31) pula berada pada tahap keterukan stres kerja yang tinggi dan selebihnya berada pada tahap rendah (n = 139). 5% daripada keseluruhan responden dalam kajian ini mengalami Tahap Kemurungan yang Teruk dan Sangat Teruk, 9.90% berada pada Tahap Anxieti yang Teruk dan Sangat Teruk manakala pekerja yang mengalami Tahap Stres Teruk dan Sangat Teruk pula ialah sebanyak 4.10%. Dapatan kajian ini telah mendapati terdapat hubungan korelasi positif yang kuat dan signifikan antara punca stres kerja dan tahap kemurungan penjawat awam kumpulan sokongan di Hospital Miri iaitu r = +0.413 (p = 0.000). Jika pekerja itu sendiri gagal untuk mengawal stres kerja mereka maka ini akan memberikan kesan psikologi yang tidak diingini sama ada kepada pekerja mahupun organisasi. Oleh itu punca stres kerja dan kesan psikologikal penjawat awam perlulah mendapat perhatian yang serius daripada majikan dan organisasi kerana ianya akan memberi impak dan kesan berpanjangan kepada perkhidmatan yang disediakan. Kerjasama dan sokongan semua pihak terutamanya antara rakan sekerja dan organisasi itu sendiri perlulah ditingkatkan untuk memastikan masalah ini dapat ditangani dengan lebih efisen. Diharap lebih banyak lagi kajian yang sedemikian akan dijalankan oleh pengkaji – pengkaji lain pada masa akan datang untuk mengenal pasti faktor punca stres kerja dan kesan psikologikal pekerja serta usaha meningkatkan lagi kepentingan kesihatan mental dalam sektor awam mahupun sektor swasta. (Abstract by author)