Aplikasi moodle kit maya mari memintal dwibahasa

Murid-murid di Tahap Satu sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas sering mengalami pelbagai masalah seperti masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah kemahiran motor, masalah sosialisasi dan emosi Oleh itu, Aplikasi Moodle Kit Maya Mari MemintalDwibahasa terdiri daripada perisian un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nazir, Faridah
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/92699/1/MAALIC%20Cert%20Appreciation%20Dr%20Faridah%20Nazir.pdf
http://irep.iium.edu.my/92699/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Murid-murid di Tahap Satu sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas sering mengalami pelbagai masalah seperti masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah kemahiran motor, masalah sosialisasi dan emosi Oleh itu, Aplikasi Moodle Kit Maya Mari MemintalDwibahasa terdiri daripada perisian untuk latihan pemintal lidah disediakan dengan objektif agar (a) guru-guru dapat mengamalkan aktiviti berasaskan teknologi ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah sebagai usaha membantu murid-murid Tahap Satu sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas mencapai potensi maksimum sesuai dengan keupayaan mereka;(b) meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, pengamatan, tumpuan, minat dan mengurangkan stres murid murid Tahap Satu di sekolah rendah dan di sekolah pendidikan khas. Aplikasi Moodle Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa telah diguna pakai di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam selama tiga bulan melalui kaedah pemerhatian ikut serta, latih tubi dan catatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, murid murid Tahap Satu sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas mendapat manfaat dari segi peningkatan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, pengamatan dan koordinasi motor kasar dan halus. Aplikasi Moodle Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa juga mampu menjadi terapi kepada murid-murid untuk menyelesaikan pelbagai masalah tingkah laku di bilik darjah kerana mengandungi aktiviti dan dilengkapi bahan yang menyeronokkan. Inovasi ini juga mempunyai kaitan dengan aspek Seni Bahasa yang memberi penekanan kepada “belajar sambil bermain” dan permainan bahasa.