Retorik persuasif dalam teks khutbah era pandemik Covid-19

Khutbah ialah medium dakwah yang disampaikan dalam bentuk ucapan lisan dan merupakan rukun dalam solat Jumaat. Khutbah merupakan medan penyampaian maklumat, peringatan, dan nasihat yang penting pada setiap minggu kepada masyarakat Islam. Salah satu strategi penyampaian khutbah yang baik ialah pemanf...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Nasihah, Ahmad, Ainal Akmar, Yahya, Maizatul Azura, Johari, Arina
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/87219/1/IREP%2021.pdf
http://irep.iium.edu.my/87219/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Khutbah ialah medium dakwah yang disampaikan dalam bentuk ucapan lisan dan merupakan rukun dalam solat Jumaat. Khutbah merupakan medan penyampaian maklumat, peringatan, dan nasihat yang penting pada setiap minggu kepada masyarakat Islam. Salah satu strategi penyampaian khutbah yang baik ialah pemanfaatan retorik persuasif dalam sesuatu teks khutbah. Retorik persuasif dalam teks khutbah dapat mencerminkan usaha khatib untuk mempengaruhi para jemaah mempercayai, memahami nasihat dan tunjuk ajar seterusnya bertindak melakukan sesuatu kebaikan mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Lazimnya teks khutbah diisi dengan nasihat-nasihat untuk menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Intipati sesuatu teks khutbah sudah pasti adalah seruan berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Selari dengan usaha pemimpin-pemimpin negara yang sedang mendepani krisis pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia tahun ini, khatib selaku pemimpin Islam juga turut bersama-sama berjuang menanganinya dengan kata-kata nasihat dan seruan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini khususnya melalui khutbah Jumaat. Sehubungan itu, makalah ini akan membincangkan retorik persuasif khatib dalam mendepani krisis pandemik COVID-19 di Malaysia. Penelitian dijalankan terhadap teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dimuatkan dalam ruangan e-khutbah di laman web JAKIM, iaitu www.jakim.gov.my.