Komunikasi visual dalam infografik khidmat masyarakat Covid-19 di media sosial

Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti simbol visual semiotik yang digunakan dalam infografik pesanan khidmat masyarakat dan menganalisis makna sebenar yang ingin disampaikan berdasarkan pendekatan pragmatik. Data kajian menggunakan bahan infografik khidmat masyarakat mengenai isu Covid-19 “K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Johari, Arina, Rosly, Nurul Jamilah, Hashim, Nasihah, Yahya, Maizatul Azura
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/87178/1/IREP%201.pdf
http://irep.iium.edu.my/87178/
http://slcp.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti simbol visual semiotik yang digunakan dalam infografik pesanan khidmat masyarakat dan menganalisis makna sebenar yang ingin disampaikan berdasarkan pendekatan pragmatik. Data kajian menggunakan bahan infografik khidmat masyarakat mengenai isu Covid-19 “Kitalah Barisan Hadapan” yang dikongsi oleh Kementerian Pengajian Tinggi di laman rasmi Twitter pada 2 September 2020. Metode penelitian analisis ialah kualitatif dengan mengaplikasikan kerangka teori Semiotik Peirce (1839-1914) dan Teori Relevan oleh Sperber dan Wilson (1986). Dapatan kajian menunjukkan simbol visual dalam bahan kajian menepati tiga elemen yang digariskan dalam teori semiotik, iaitu bentuk, warna, dan tulisan & mesej; menginterpretasikan usaha mengajak masyarakat supaya bersama-sama membantu kerajaan sepanjang pendemik Covid-19 dengan menjaga keselamatan diri sendiri serta ahli keluarga. Ketiga-tiga elemen semiotik visual yang dikenal pasti turut memperlihatkan hubungan makna sebenar melalui penggunaan maklumat konteks dan andaian kognitif yang terdapat dalam teori Relevan. Dapatan turut meperlihatkan simbol-simbol visual dalam data kajian bersifat jelas, tidak taksa serta dapat difahami dengan mudah dan tepat oleh khalayak sekali gus menepati ciri kesan kognitif yang tinggi dan kos memproses yang rendah. Situasi ini membuktikan penggunaan kedua-dua teori dalam kajia ini telah dapat membantu memperjelas maksud simbol visual yang hendak disampaikan oleh pihak kerajaan kepada khalayak sekali gus mencapai matlamat komunikasi visual yang dikehendaki.