EZ-Arabic 2.0 sebagai medium alternatif pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah

Kepesatan teknologi hari ini menjadi antara faktor perlunya para guru dan pelajar memanfaatkan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Situasi ini melibatkan proses P&P semua bidang pendidikan termasuk bidang bahasa di pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah mahupun i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Mohd Firdaus, Nasir, Mohd Shahrizal, Sahrir, Muhammad Sabri, Abdul Hamid, Mohd Fauzi
Other Authors: Aziz, Aznida
Format: Book Chapter
Language:English
Published: Penerbit UniSZA, Terengganu, Malaysia 2016
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/50579/1/50579_Chapter_in_book_UniSZA_Press_2016.pdf
http://irep.iium.edu.my/50579/
https://penerbit.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=167:isu-pendidikan-bahasa-arab-aspirasi-guru-autonomi-pelajar&catid=40&Itemid=142
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepesatan teknologi hari ini menjadi antara faktor perlunya para guru dan pelajar memanfaatkan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Situasi ini melibatkan proses P&P semua bidang pendidikan termasuk bidang bahasa di pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Dewasa ini, penggunaan multimedia dalam P&P merupakan antara kaedah yang banyak digunakan di semua peringkat pendidikan. Mayer (2001) mendefinisikan multimedia sebagai persembahan bahan pengajaran menggunakan perkataan dan gambar. Secara mudah dapat difahami bahawa pemanfaatan multimedia dalam proses P&P perlu sekurang-kurangnya melibatkan dua komponen bahan iaitu perkataan dan gambar yang dipersembahkan secara menarik dalam bentuk elektronik. Pendapat yang dikemukakan oleh Mayer, kemudiannya dikembangkan oleh pendapat-pendapat lain yang memasukkan elemen berunsur teknologi dalam penyediaan bahan pengajaran. Antaranya Bush (2007) menambah elemen suara dalam penerokaan bahasa, pemanfaatan jaringan internet melalui World Wide Web (WWW) (Joliffe, Ritter & Stevens 2001), serta pemanfaatan grafik yang menarik dalam pengajaran kosa kata bahasa (Salsbury 2006; Bush 2007). Selain itu, pemanfaatan teknologi dalam P&P bahasa semakin mendapat sambutan apabila wujudnya bahan-bahan berbentuk elektronik dalam bidang pendidikan bahasa seperti buku latihan elektronik, video digital, ujian mendengar secara interaktif, bahan bacaan atas talian dan sebagainya (Gill 2006). Merujuk kepada perkembangan positif pemanfaatan teknologi dalam P&P pendidikan bahasa, maka ia dilihat amat wajar untuk dimanfaatkan dalam P&P bahasa Arab khususnya yang melibatkan pelajar daripada kalangan bukan penutur jati. Bahan pengajaran yang menarik dan bersifat interaktif akan dapat menarik minat dan motivasi pelajar untuk mempelajari bahasa al-Quran ini dengan mudah dan berkesan. Selain itu, dengan pemanfaatan teknologi maklumat secara menyeluruh dalam P&P, ia mampu meningkatkan tahap kemahiran para pelajar untuk mendapat maklumat berkaitan pembelajaran dengan lebih cepat dan mudah.