Keberkesanan Media Sosial Terhadap Komunikasi Kanak-Kanak Berusia Bawah 12 Tahun

Kanak-kanak banyak terdedah kepada skrin terutamanya bagi tujuan kelas dalam talian malah mereka juga tidak terlepas untuk mengikuti trend dengan kemunculan aplikasi media sosial yang tular pada waktu kini. Kajian ini dijalankan kerana jumlah kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nahar, Nora'Azian, Hamidi, Nur’ainun Mardhiah, Abu Zarim, Nurqistina Najhah, Wan Samsuddin, Wan Nur Aqilah, Ismail, Siti Umairah
Format: Proceeding Paper
Language:English
Published: KSTCL Press 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/117269/1/%28e-Prosiding%20SBBS%202024%20%281%29%20%281%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/117269/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kanak-kanak banyak terdedah kepada skrin terutamanya bagi tujuan kelas dalam talian malah mereka juga tidak terlepas untuk mengikuti trend dengan kemunculan aplikasi media sosial yang tular pada waktu kini. Kajian ini dijalankan kerana jumlah kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi semakin bertambah (speech delay) serta selari dengan keadaan semasa yang memperlihatkan bahawa kanak-kanak dan remaja semakin terpengaruh dengan perkara yang terdapat dalam media sosial. Pengkaji sebelum ini juga lebih menumpukan skop kajian mereka terhadap remaja berbanding dengan kanak-kanak. Objektif kajian ini ialah mengkaji kaitan antara tempoh masa yang diluangkan oleh kanak-kanak di media sosial dengan interaksi sosial mereka dan mengaitkan hubungan antara Teori Ekologi Bronfenbrenner dengan komunikasi kanak-kanak bawah 12 tahun. Reka bentuk kualitatif telah dipilih dan dijalankan melalui kaedah temu bual. Instrumen yang dipilih bagi menjalankan kajian ini adalah kutipan data melalui panggilan telefon kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 12 tahun dan ke bawah. Hasil kajian ini telah menunjukkan kaitan bahawa tempoh masa yang diluangkan oleh kanak-kanak di media sosial boleh mempengaruhi interaksi sosial mereka serta menunjukkan bahawa penggunaan media sosial secara terkawal boleh membendung masalah komunikasi, moral dan akhlak kanak-kanak. Kajian ini juga telah membuktikan hubungan antara Teori Ekologi Bronfenbrenner dengan komunikasi kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Sebagai cadangan penambahbaikan, pengkaji akan datang boleh mengaitkan kajian ini dengan Teori Kognitif Jean Piaget bagi menerangkan bagaimana media sosial ini boleh mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak pada peringkat sensorimotor, peringkat pra-operasi dan peringkat operasi konkrit.