Penilaian kemajuan berasaskan sekolah kaedah kerja kursus sejarah (School-based assessment of history coursework)

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengutarakan hasil kajian terhadap Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah khasnya Kerja Kursus Sejarah (KKS), amnya pembelajaran berasaskan projek kerja kursus. Subjek ini wajib diambil oleh semua calon Penilaian Menengah Rendah untuk pensijilan. Fokus perbincangan ad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Salleh, Mohamad Johdi, Ahmad, Abdul Razaq, Ayudin, Ahmad Rafaai
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2009
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/11623/1/Jurnal_-_PENDIDIKAN_UKM_-_Penilaian_Kemajuan_Berasaskan_Sekolah_Kerja_Kursus_Sejarah.pdf
http://irep.iium.edu.my/11623/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk mengutarakan hasil kajian terhadap Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah khasnya Kerja Kursus Sejarah (KKS), amnya pembelajaran berasaskan projek kerja kursus. Subjek ini wajib diambil oleh semua calon Penilaian Menengah Rendah untuk pensijilan. Fokus perbincangan adalah mengenai elemen ‘perolehan dan pencapaian’ pelajar yang dinilai oleh guru-penilai terutama dari sudut pengajaran-pembelajaran. Hasil kajian mendapati, dalam perlaksanaannya, terdapat kekuatan dan kelebihan yang dimanfaatkan oleh pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar masih menghadapi berbagai masalah seperti kematangan pengetahuan, kelonggaran fakta, kecelaruan sumber, dan kelonggaran penjanaan kemahiran dalam menjalankan projek KKS. Dengan itu, objektif teras KKS untuk menghasilkan ‘little historian’ berorientasikan pembelajaran-penyelidikan seperti termaktub dalam falsafah pendidikan Sejarah masih memerlukan usaha gigih dari banyak pihak seperti disarankan di penghujung kertas kerja ini. Oleh kerana kesuntukan masa, kertas kerja ini tidak membincangkan secara teknikal penilaian dan pemarkahan hasil projek KKS pelajar seperti yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ini disebabkan ia memerlukan kajian yang amat berhati-hati supayamemperoleh hasil yang jitu, saranan praktikal, dan pengutaraan idea yang adil kepada semua pihak.