Kajian penerokaan Teknologi Realiti Maya (VR) dalam kalangan guru dan murid sekolah di Perlis

Teknologi Realiti Maya (VR) telah muncul sebagai salah satu inovasi teknologi yang paling menarik dan berpotensi dalam bidang pendidikan. VR merujuk kepada teknologi yang mencipta persekitaran buatan yang dapat memberikan pengalaman imersif kepada pengguna seolah-olah mereka berada dalam dunia maya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Nayan, Norshita, Mohamad Ali, Nazlena, Mhd Salim, Mohamad Hidir, Hassan, Mohd Khairul Azmi
Format: Article
Language:English
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE) 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/114942/7/114942_Kajian%20Penerokaan%20Teknologi%20Realiti%20Maya%20%28VR%29%20Dalam%20Kalangan%20Guru%20Dan%20Murid%20Sekolah%20Di%20Perlis.pdf
http://irep.iium.edu.my/114942/
https://gaexcellence.com/jistm/article/view/4280
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teknologi Realiti Maya (VR) telah muncul sebagai salah satu inovasi teknologi yang paling menarik dan berpotensi dalam bidang pendidikan. VR merujuk kepada teknologi yang mencipta persekitaran buatan yang dapat memberikan pengalaman imersif kepada pengguna seolah-olah mereka berada dalam dunia maya yang direka. Dengan menggunakan alat seperti alat dengar VR, pelajar dapat berinteraksi dengan persekitaran tiga dimensi (3D) yang dihasilkan secara digital, memberikan mereka peluang untuk merasai pengalaman yang sukar atau mustahil diperoleh dalam dunia nyata. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan dan penerimaan teknologi VR dalam kalangan guru dan murid sekolah di Negeri Perlis. Dalam era digital yang pesat berkembang, VR menawarkan peluang baharu dalam pendidikan dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang interaktif dan imersif. Namun, tahap kesediaan dan penerimaan teknologi ini dalam kalangan guru dan murid di Perlis masih belum jelas. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dengan mengumpul data melalui soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar dan guru sangat berminat untuk mengaplikasikan teknologi realiti maya dalam sektor pendidikan. Mereka telah mempunyai gambaran awal berkaitan VR dan sangat yakin pengggunaan VR disekolah dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Walaupun terdapat minat yang tinggi terhadap penggunaan VR dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi seperti kekurangan peralatan, latihan, dan sokongan infrastruktur. Kajian ini menggariskan beberapa cadangan untuk meningkatkan penerimaan dan penggunaan teknologi VR di sekolah-sekolah di Perlis.