THE EFFECTS OF USED ENGINE OIL AS CHEMICAL ADMIXTURE ON VARIOUS TYPES OF CONCRETE

Kebolehaliran konkrit yang baik merupakan salah satu ciri penting ke arah kemudahkejaan, perletakan dan memudahkan penyingkiran liang udara yang tidak diperlukan. Ini dapat dicapai dengan penggunaan bahan tambah pengurang air atau superplasticizer (SP). Narnun begitu, bahan tambah tersebut adalah m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: BEDDU, SALMIA
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://utpedia.utp.edu.my/3331/1/SALMIA_BINTI_BEDDU.pdf
http://utpedia.utp.edu.my/3331/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebolehaliran konkrit yang baik merupakan salah satu ciri penting ke arah kemudahkejaan, perletakan dan memudahkan penyingkiran liang udara yang tidak diperlukan. Ini dapat dicapai dengan penggunaan bahan tambah pengurang air atau superplasticizer (SP). Narnun begitu, bahan tambah tersebut adalah mahal sekaligus meningkatkan kos pengeluaran konkrit. Tambahan pula, lebih daripada 50% minyak enjin terpakai (MET) terutama dari industri automotif dibuang secara berleluasa.Laporan terdahulu menyatakan bahawa kebocoran MET ke dalam simen, pada unit penghancur lama didapati mempunyai ketahanan lebih baik kepada fenomena pembekuan dan pencairan dan dapat meningkatkan ciri konkrit. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan MET sebagai bahan tambah kimia ke atas beberapa jenis konkrit iaitu OPC, MIRHA dan SF dan dibandingkan dengan SP. Empat puluh campuran dianalisa. Penyiasatan ke atas ciri konkrit awal iaitu kebolehkerjaan dan kandungan udara dalam konkrit diuji bagi mendapatkan petunjuk awal kualiti konkrit Nilai kebolehkerjaan (ujian jatuh) bagi semua jenis konkrit mengandungi MET dan SP meningkat dengan pertambahan peratusan. Kandungan udara konkrit mengandungi MET meningkat sehingga 1% penggunaan dan SP mengurangkan kandungan udara konkrit. Ciri mekanikal dan ketahanan, iaitu kekuatan mampatan, kekuatan tegangan, jumlah liang dan penusukan klorida diuji dan keputusan yang diperolehi adalah sebanding dan menunjukkan persamaan dan potensi untuk berfungsi sebagai SP kerana tiada perbezaan ketara didapati pada kedua-dua bahan tambah tersebut. Kesan penggunaan MET terhadap prestasi struktur papak konkrit bertetulang yang mengandungi MET dan SP. Keputusan menunjukkan 20-30% lebih tinggi berbanding konkrit biasa. Pendedahan kepada suhu tinggi menunjukkan peratus penman kekuatan konkrit mengandungi MET adalah sebanding berbanding SP. Komposisi kimia MET dan SP juga di analisa dan didapati bahawa kandungan SO3 menyumbang peratusan yang signifikan dalam peningkatan