Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Oleh Pelajar Cemerlang, Sederhana Dan Lemah Bahasa

Pelbagai kajian yang dijalankan mendapati bahawa tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Malaysia masih berada pada tahap yang kurang memuaskan berbanding pembelajaran bahasa asing kedua yang lain di Malaysia. Kelemahan dalam menggunakan strategi pembelajaran bahasa (SPB) serta kekuranga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Linamalini, Mat Nafi, Kamarul Shukri, Mat Teh
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/901/1/FH03-FKI-17-08953.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/901/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelbagai kajian yang dijalankan mendapati bahawa tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Malaysia masih berada pada tahap yang kurang memuaskan berbanding pembelajaran bahasa asing kedua yang lain di Malaysia. Kelemahan dalam menggunakan strategi pembelajaran bahasa (SPB) serta kekurangan pengetahuan mengenai SBP dalam kalangan pelajar merupakan di antara faktor yang menghalang kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Pelajar cemerlang bahasa didapati menggunakan SPB tertentu dalam pembelajaran mereka. Namun, sebahagian daripada strategi tersebut tidak dapat diperhatikan dan mereka juga kurang berkongsi maklumat berkaitan dengan strategi pembelajaran yang mereka gunakan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan SPB oleh pelajar cemerlang, sederhana dan lemah ketika belajar bahasa Arab. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat korelasi signifikan antara penggunaan SPB dengan pencapaian bahasa Arab. Kajian ini melibatkan 200 orang reponden daripada dua buah IPT di Kelantan iaitu Kolej lslam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (APIUM). Kajian tinjauan yang bersifat kuantitatif ini menggunakan soal selidik strategi pembelajaran bahasa SILL versi 7.0 dan ujian pencapaian bahasa Arab sebagai alat kajian utama untuk mengumpul data. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar menggunakan keseluruhan strategi pada tahap sederhana. Strategi Metafizik merupakan strategi yang paling kerap digunakan oleh PCB, PSB dan PLB. Ujian korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat korelasi signifikan antara penggunaan SPB dengan pencapaian bahasa Arab.