Faktor Keagamaan Dan Sikap: Perkaitan Dengan Pencarian Maklumat Produk Makanan Halal Dalam Kalangan Keluarga Islam Di Malaysia

Maklumat merupakan satu input kognitif yang diperlukan oleh setiap individu. Umumnya, seseorang mencari maklumat berkaitan aspek kesihatan, teknologi, pertanian dan ilmu lain, namun kajian ini ingin melihat pencarian maklumat berkaitan produk makanan halal. Dalam konteks lambakan dan kecelaruan makl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Zanariah, Yusoff, Nor Azura, Adzharuddin
Format: Article
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5626/1/FH02-FBK-19-26688.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5626/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Maklumat merupakan satu input kognitif yang diperlukan oleh setiap individu. Umumnya, seseorang mencari maklumat berkaitan aspek kesihatan, teknologi, pertanian dan ilmu lain, namun kajian ini ingin melihat pencarian maklumat berkaitan produk makanan halal. Dalam konteks lambakan dan kecelaruan maklumat produk halal di pasaran, setiap individu Muslim sewajarnya lebih peka dalam setiap tindakan, terutamanya apabila melibatkan aspek makanan halal. Kajian ini memfokuskan kepada faktor yang menentukan aktiviti pencarian maklumat iaitu, faktor keagamaan dan sikap terhadap produk halal. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Kajian yang dilakukan di Bangi, Selangor ini melibatkan 340 buah keluarga Muslim yang diwakili oleh dua orang ahli keluarga iaitu ibu atau bapa dan anak melalui persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan keluarga Muslim bersikap positif terhadap produk makanan halal dan prihatin akan setiap isu yang melibatkan produk makanan halal. Bagi faktor keagamaan pula, didapati ibu bapa dan anak-anak memiliki tahap keagamaan yang tinggi berdasarkan aspek yang diukur. Hasil kajian diharap dapat menambah pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat Muslim dan menjadi indikator kepada penyelidikan tentang pencarian maklumat produk halal. Dari sudut empirikal, kajian ini diharapkan mengembangkan lagi pencarian maklumat mengenai produk halal secara menyeluruh pada masa akan datang bagi memenuhi tuntutan agama ke atas setiap Muslim.