Analisis Respons Pelajar Terhadap Reka Bentuk Laman E-Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Ez-Arabic.net Untuk Pelajar Sekolah Rendah

Perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan turut melibatkan bidang pengajian bahasa Arab. Pelbagai pendekatan baharu dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab terutama melibatkan elemen teknologi seperti multimedia dan internet. Bagi membincangkan perihal pemanfaatan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shahrizal, Nasir, Mohd Fauzi, Abdul Hamid, Mohd Firdaus, Yahaya
Format: Article
Language:Malay
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5386/1/FH02-FBK-17-08200.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5386/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan turut melibatkan bidang pengajian bahasa Arab. Pelbagai pendekatan baharu dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab terutama melibatkan elemen teknologi seperti multimedia dan internet. Bagi membincangkan perihal pemanfaatan teknologi dalam proses PdP bahasa Arab, makalah ini memperkenalkan satu medium alternatif bagi pembelajaran bahasa Arab yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. Laman e-pembelajaran yang dikenali sebagai EZ-Arabic.net dibina bagi membantu para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan pemanfaatan teknologi. Proses pembinaan laman EZ-Arabic.net ini dilaksana berdasarkan cadangan dan komentar yang diberikan oleh para pengguna laman di peringkat prototaip awalnya. Hal ini bagi memastikan EZ-Arabic.net dapat berfungsi dengan baik, bukan sahaja mengandungi bahan yang sesuai dengan tahap pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah, malah ia turut memenuhi keperluan semasa para penggunanya. EZ-Arabic.net juga dilihat mampu untuk menjadi satu medium pembelajaran bahasa Arab secara kendiri kerana ia boleh diakses melalui internet di luar ruang kelas. Antara objektif kajian yang dimuatkan dalam makalah ini ialah untuk menjelaskan proses pembinaan laman EZ-Arabic serta membincangkan respons pelajar yang telah menggunakan laman pembelajaran ini. Respons diperolehi dan dianalisis bagi melihat tahap penerimaan pengguna laman EZ-Arabic.net sebagai medium alternatif untuk mempelajari dan memahami bahasa Arab. Berdasarkan analisis yang dibuat, respons pelajar amat positif khususnya melibatkan kandungan laman EZ-Arabic.net, persembahan dan minat mereka untuk menggunakan laman e-pembelajaran ini dalam mempelajari bahasa Arab.