Hubungan budaya organisasi dan kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur hubungan di antara budaya organisasi dengan kecerdasan emosi ke atas komitmen organisasi dan kepuasan kerja dalam kalangan staf pentadbiran di universiti awam dan swasta. Seramai 272 staf pentadbiran dari lima buah universiti awam dan swasta terl...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/2877/1/FH02-FESP-16-06623.pdf http://eprints.unisza.edu.my/2877/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur hubungan di antara budaya
organisasi dengan kecerdasan emosi ke atas komitmen organisasi dan kepuasan kerja
dalam kalangan staf pentadbiran di universiti awam dan swasta. Seramai 272 staf
pentadbiran dari lima buah universiti awam dan swasta terlibat dalam kajian ini.
Rekabentuk kajian adalah survei dan berbentuk keratan rentas. Soal selidik yang
digunakan merangkumi lima bahagian utama iaitu budaya organisasi terdiri daripada
24 item, kecerdasan emosi terdiri daripada 133 item, komitmen organisasi terdiri
daripada 9 item, kepuasan kerja terdiri daripada 5 item dan 6 item berkenaan
maklumat diri responden. Nilai kebolehpercayaan bagi setiap dimensi pembolehubah
kajian adalah di antara nilai α = 0.63 hingga α = 0.86. Data dianalisis menggunakan
kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Hasil analisis deskriptif mendapati majoriti
subjek menggambarkan budaya organisasi birokratik sebagai budaya universiti. Bagi
aspek kecerdasan emosi pula, sebanyak 64% staf pentadbiran memiliki tahap
kecerdasan emosi yang tinggi. Tahap komitmen organisasi dan kepuasan kerja juga
adalah tinggi. Keputusan pengujian hipotesis memperoleh hubungan yang positif dan
signifikan antara budaya organisasi dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja
(p<0.01). Juga terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kecerdasan emosi
dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja (p<0.01) |
---|