Keperluan terhadap guru resos bagi program pendidikan inklusif di sebuah sekolah menengah: Satu kajian kes

Pendidikan Khas adalah satu unit perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan untuk murid berkeperluan khas (MBK). Perkhidmatan pendidikan khas disediakan di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Intergrasi dan juga Program Pendidikan Inklusif (PPI). Permasalahan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa, Che Omar, Siti Fatimah, Salleh
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1352/1/FH03-FKI-19-22986.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1352/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan Khas adalah satu unit perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan untuk murid berkeperluan khas (MBK). Perkhidmatan pendidikan khas disediakan di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Intergrasi dan juga Program Pendidikan Inklusif (PPI). Permasalahan yang dikenalpasti adalah kurangnya pengetahuan guru terhadap MBK di samping kurangnya kemahiran pedagogi dalam pengajaran bagi MBK. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti analisis keperluan guru resos bagi Program Pendidikan Inklusif (PPI) di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dan kuantitatif bagi mengumpulkan data-data. Seramai lima orang responden guru mata pelajaran teras terlibat dalam temubual dan dua belas orang responden terlibat dalam soal selidik yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik, Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, sembilan orang guru mata pelajaran di sebuah sekolah menengah di negeri Kelantan. Hasil dapatan menunjukkan kesemua responden bersetuju dan mencadangkan agar guru resos ditempatkan di kelas PPI. Melalui cadangan yang dikemukakan iaitu menempatkan guru resos di kelas PPI diharapkan kelemahan-kelemahan dalam kelas PPI dapat di atasi.