Kerohanian Islam: Penghayatan Dari Sudut Amalannya

Penyataan masalah kajian: Remaja sering dikaitkan dengan masalah-masalah yang melibatkan akhlak. Hal ini disebabkan oleh kurangnya nila-nilai kerohanian Islam dalam diri seseorang. Masalah ini berpunca apabila melakukan amalan kerohanian dalam kehidupan seharian tanpa menghayati setiap amalan yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Najihah, Ismail, Syed Hadzrullathfi, Syed Omar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1148/1/FH03-INSPIRE-18-12574.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1148/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyataan masalah kajian: Remaja sering dikaitkan dengan masalah-masalah yang melibatkan akhlak. Hal ini disebabkan oleh kurangnya nila-nilai kerohanian Islam dalam diri seseorang. Masalah ini berpunca apabila melakukan amalan kerohanian dalam kehidupan seharian tanpa menghayati setiap amalan yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Objektif kajian: Kajian ini bertujuan mengenapasti aplikasi amalan kerohanian dalam kalangan pelajar di institusi pengajian pondok di Terengganu. Metodologi kajian: Kajian ini berbentuk kualitatif. Data-data dikumpul menerusi teknik temubual dan analisis dokumen. Temubual yang dijalankan melibatkan pengurusan institusi pengajian pondok. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian: Kajian mendapati terdapat lima jenis amalan kerohanian yang diamalkan di institusi pengajian pondok di Terengganu. Amalan tersebut ialah bacaan al-Quran, bacaan zikir, amalan-amalan sunat, majlis tafakkur dan majlis ta’alim bersama guru. Rumusan: Kajian menyimpulkan setiap amalan kerohanian yang diamalkan di institusi pengajian pondok jika diamalkan secara berterusan oleh para pelajar, mampu memberi kesan yang positif terutamanya dalam pembentukan sahsiah diri pelajar. Selain itu, penghayatan nilai kerohanian juga perlu dalam kehidupan. Apabila nilai kerohanian dihayati dengan baik, maka unsur-unsur negatif terutamanya dalam pembentukan akhlak dapat dielakkan. Remaja yang berakhlak mulia mampu menjadi pemimpin yang baik di masa hadapan.