Makanan dalam pembayang pantun Melayu: satu wacana dari perspektif gastronomi

Makanan merupakan antara keperluan asas dalam pembentukan kelangsungan hidup manusia. Makanan juga menjadi medium dalam perhubungan dan komunikasi antara manusia, yang merupakan sebahagian daripada ilmu gastronomi. Sebagaimana makanan, pantun turut dikenali sebagai alat menyampaikan perasaan. Pem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khalila Ilia Ismail,, Mohd Faizal Musa,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9954/1/14132-38834-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9954/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/804
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makanan merupakan antara keperluan asas dalam pembentukan kelangsungan hidup manusia. Makanan juga menjadi medium dalam perhubungan dan komunikasi antara manusia, yang merupakan sebahagian daripada ilmu gastronomi. Sebagaimana makanan, pantun turut dikenali sebagai alat menyampaikan perasaan. Pembayang pantun sering diabaikan dan dikatakan hadir hanya sebagai ‘penyedap’ pantun. Objektif makalah ini ialah untuk meneroka unsur makanan dalam pembayang pantun serta peranan dan fungsinya. Kajian menggunakan pendekatan eklektik seperti yang dikemukakan oleh David Waines tentang masakan menerusi komponen pewaris dan warisan. Kajian mendapati pemaparan makanan Melayu dalam pantun dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pertama; makanan dan peranannya. Kedua, makanan dan resepi; dan ketiga, makanan dan penyediaan. Kajian mendapati makanan Melayu termasuk dalam kelompok fusion cuisine yang memiliki ciri-ciri tersendiri. Makanan Melayu juga adalah satu wahana dialog oleh si pengecap makanan dengan dunia atau alam lainnya.