Modul Peta Minda Buzan dan pencapaian pelajar pendidikan asas vokasional di Malaysia: satu kajian keberkesanan

Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) boleh dijadikan satu pendekatan alternatif dan memberi sumbangan penting ke atas pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional. Modul merupakan satu siri aktiviti pembelajaran yang dirancang secara sistematik bagi membantu pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Asri Madmor,, Tee, Tze Kiong, Mohamed Nor Azhari Azman,, Ridzwan Che Rus,, Zaliza Hanafi,, Jailani Md Yunod,
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9906/1/15xx.geografia-si-mac16-muhasri-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9906/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=3&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) boleh dijadikan satu pendekatan alternatif dan memberi sumbangan penting ke atas pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional. Modul merupakan satu siri aktiviti pembelajaran yang dirancang secara sistematik bagi membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan MPK Peta Minda Buzan (PMB) terhadap pencapaian pelajar Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Seramai 88 orang pelajar PAV dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kajian kuasi-eksperimental. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = .898. Ujian korelasi Pearsonr digunakan untuk mengenal pasti kekuatan hubungan antara pembolehubah. Keputusan ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif sederhana yang signifikan antara tahap penguasaan PMB dengan markah ujian pencapaian (r = .890). Keputusan analisis data ujian ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan markah ujian pos pencapaian antara kumpulan rawatan (KR) dengan kumpulan kawalan (KK) (p<.05).