Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak-kanak: kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara
Kajian ini adalah mengenai pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) untuk PERMATA Negara dan bertujuan menentukan kebolehlaksanaan pendidikan STEM kepada kanak-kanak 3-4 tahun di taska PERMATA dan kebolehintegrasian pendidikan STEM ke dalam Kurikulum PERMATA Negara. Selain itu,...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9799/1/4ok.geografia-jan16-mazlini-edam1_%281%29.pdf http://journalarticle.ukm.my/9799/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=1&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah mengenai pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) untuk PERMATA
Negara dan bertujuan menentukan kebolehlaksanaan pendidikan STEM kepada kanak-kanak 3-4 tahun di taska
PERMATA dan kebolehintegrasian pendidikan STEM ke dalam Kurikulum PERMATA Negara. Selain itu, kajian
ini juga menilai kesan pendidikan STEM terhadap kebolehan inkuiri, penerokaan, rekacipta, refleksi, minat,
komunikasi, dan kerjasama dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat. Sepuluh Modul STEM telah dibina dan
ditentusahkan oleh pendidik PERMATA dan penyelidik pakar bidang STEM. Seramai 22 orang pendidik dan 160
orang kanak-kanak dari 19 buah Taska PERMATA terlibat sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan
peningkatan yang signifikan (p<0.001) terhadap kebolehan inkuiri, penerokaan, rekacipta, reflleksi, minat, dan
komunikasi serta semangat kerjasama kanak-kanak. Kesan latihan STEM kepada pendidik juga menunjukkan
peningkatan yang sangat besar dan signifikan terhadap pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan keyakinan diri
pendidik melaksanakan STEM di taska. Dapatan-dapatan ini memberi implikasi positif terhadap pelaksanaan STEM
di peringkat awal kanak-kanak. Bahagian Permata Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi pelaksana perlu
segera mengintegrasikan STEM ke dalam kurikulum PERMATA dan menyediakan latihan profesional STEM
kepada pendidik-pendidik menerusi penubuhan Jawatankuasa Pelaksana , penggubalan dasar-dasar yang sesuai , dan
penglibatan industri, swasta dan GLC. |
---|