Makan dan makanan dalam kesusasteraan Melayu

Makalah ini cuba merungkai perbuatan makan dan makanan yang terkandung dalam karya sastera. Umum mengetahui bahawa makanan merupakan elemen penting sebagai pemberi nutrisi bagi kelangsungan hidup manusia. Namun begitu, makanan berubah fungsi apabila hadir dalam karya sastera. Begitu juga dengan e...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suhaila Mohamed,, Shaiful Bahri Md Radzi,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9460/1/11476-31158-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9460/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/710
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini cuba merungkai perbuatan makan dan makanan yang terkandung dalam karya sastera. Umum mengetahui bahawa makanan merupakan elemen penting sebagai pemberi nutrisi bagi kelangsungan hidup manusia. Namun begitu, makanan berubah fungsi apabila hadir dalam karya sastera. Begitu juga dengan episod makan yang menggambarkan maksud tertentu. Oleh yang demikian, makalah ini akan menyelidik fungsi perbuatan makan dan makanan yang ada dalam karya. Kajian ini memfokuskan karya Sulalatus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Raja Pasai, Kitab Gemala Hikmat, Tuhfat Al-Nafis, Ketupat Cinta, Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan, “Lemang Nan Sebatang” dan “Nasi Ayam Laut Sepinggan”. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Hasil kajian telah menemukan bahawa, aktiviti makan dan makanan menggambarkan adat, darjat, ikatan sosial, sindiran dan strategi.