Penentuan dimensi kualiti guru Bahasa Arab di Malaysia

Pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah dianggap sebagai tidak berjaya. Oleh itu, guru bahasa Arab sebagai faktor utama kejayaan sistem pendidikan sekolah perlu ditransformasi melalui penyediaan, pembinaan dan penilaian kualiti guru. Hanna dan Gimbert (2011) mencadangkan tiga inisiatif utama peni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Al Muslim Mustapa,, Zamri Arifin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9379/1/11481-31168-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9379/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/711
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah dianggap sebagai tidak berjaya. Oleh itu, guru bahasa Arab sebagai faktor utama kejayaan sistem pendidikan sekolah perlu ditransformasi melalui penyediaan, pembinaan dan penilaian kualiti guru. Hanna dan Gimbert (2011) mencadangkan tiga inisiatif utama penilaian kualiti guru yang dimulai dengan mengenalpasti dimensi-dimensi dalam kualiti guru. Lantaran daripada itu, kajian ini menetapkan dua objektif kajian, iaitu meneliti dimensi kualiti guru di kalangan sarjana, dan mengamati dimensi terbaik untuk pengukuran kualiti guru bahasa Arab. Dua objektif ini dicapai menerusi kajian kualitatif deskriptif melalui tinjauan literatur pandangan dan kajian sarjana yang lepas. Pendekatan tematik digunakan dalam proses penyaringan dan analisis data dengan bantuan perisian Altas.ti versi 7.1. Hasil kajian mendapati kepelbagaian dimensi kualiti guru telah digunakan dalam kajian-kajian lepas, iaitu kelayakan guru, karakter guru, amalan dalam kelas dan keberkesanan pengajaran. Kajian juga telah mengenalpasti satu rangka cadangan dimensi pengukuran kualiti guru bahasa Arab, selain turut mencadangkan sebuah kajian lain untuk melengkapi rangka cadangan dimensi tersebut serta beberapa aspek yang perlu dititikberatkan.