Pelaksanaan pengajaran program pelajaran tulisan Arab Melayu di dalam bilik darjah di Madrasah Ibtida’iyyah, (MI) Kota Batam, Indonesia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan pengajaran program pelajaran tulisan Arab Melayu di dalam bilik darjah di Madrasah Ibtida’iyyah (MI), Kota Batam, Indonesia. Aspek yang dikaji ialah (1) masalah yang dihadapi oleh guru-guru program pelajaran tulisan Arab Melayu dan (2) pencerapan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maimun Aqsha Lubis,, Ikwan Se,, Hamdan Arman,, Md Yusoff Daud,, Sabariah Sulaiman,
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7992/1/2_maimon_aqasha.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7992/
http://www.ukm.my/jurfpend/index.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan pengajaran program pelajaran tulisan Arab Melayu di dalam bilik darjah di Madrasah Ibtida’iyyah (MI), Kota Batam, Indonesia. Aspek yang dikaji ialah (1) masalah yang dihadapi oleh guru-guru program pelajaran tulisan Arab Melayu dan (2) pencerapan pengajaran berstruktur terhadap 5 orang guru di dalam bilik darjah. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik terhadap 45 orang guru program pelajaran tulisan Arab Melayu yang merangkumi 21 Madrasah Ibtida’iyyah (MI) di Kota Batam, Indonesia. Pencerapan pengajaran berstruktur juga telah dijalankan terhadap lima orang guru dengan tiga kali pencerapan bagi setiap orang guru. Data dianalisis secara kuantitatif menggunakan min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan masalah yang dihadapi oleh guru-guru program pelajaran tulisan Arab Melayu berada pada tahap yang sederhana (min=2.82 sp=1.66), merangkumi empat aspek, iaitu aspek pengetahuan, aspek kesediaan, aspek sokongan dan aspek kemahiran. Berdasarkan hasil pencerapan terhadap lima orang guru secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana (min=2.99). Aspek yang dicerap ialah perancangan, pelaksanaan, set induksi, pendekatan, kaedah, teknik pengajaran serta penilaian, penutup dan penilaian keseluruhan. Dapatan kajian ini dapat menjelaskan tentang masalah yang dihadapi oleh guru-guru program pelajaran tulisan Arab Melayu di Madrasah Ibtida’iyyah (MI) Kota Batam, Indonesia dan diharapkan dapat membantu mereka mencari jalan penyelesaian berhubung permasalahan yang mereka hadapi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut di dalam bilik darjah. Beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program pelajaran tulisan Arab Melayu telah dikemukakan, iaitu guru seharusnya mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran serta standard piawaian pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini diharapkan dapat menambah baik pelaksanaan pengajaran program pelajaran tulisan Arab Melayu di Kota Batam, Indonesia.