Analisis strategi penterjemahan chengyu ke dalam Bahasa Melayu

Chengyu ialah subkategori peribahasa Cina yang tersusun daripada empat aksara yang indah dan puitis serta mengungkapkan makna yang tertentu, sama ada secara tersurat ataupun secara tersirat. Makalah ini membincangkan strategi penterjemahan chengyu ke dalam bahasa Melayu. Data kajian melibatkan sejum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Goh, Sang Seong, Boh, Phaik Ean
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7196/1/5113-16466-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7196/
http://ejournal.ukm.my/gema/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Chengyu ialah subkategori peribahasa Cina yang tersusun daripada empat aksara yang indah dan puitis serta mengungkapkan makna yang tertentu, sama ada secara tersurat ataupun secara tersirat. Makalah ini membincangkan strategi penterjemahan chengyu ke dalam bahasa Melayu. Data kajian melibatkan sejumlah 208 chengyu yang dikutip secara manual daripada novel Jia, karya susastera agung yang dihasilkan oleh sasterawan negara China, Ba Jin pada awal abad ke-20 dan terjemahannya berjudul Keluarga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1995). Kerangka teori yang dipilih secara eklektikmerangkumi definisi penterjemahan Larson (1984), definisi dan pengkategorian chengyu Wu Zhan Kun dan Wang Qin serta strategi penterjemahan chengyu Chen Wen Bo.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penterjemahan chengyubersifat dinamik. Didapati bahawa strategi penterjemahan yang diaplikasikan terpengaruh oleh tiga faktor yang utama, iaitu jenis chengyu yang hadir dalam teks sumber, konteks ayat kehadirannya serta kesamaan dan kelainan konsep pemikiran antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran. Antara strategi yang dikesan termasuklah strategi terjemahan lambang,terjemahan makna, terjemahan separa, pengguguran, terjemahan pragmatik dan terjemahan literal. Dalam hal ini, strategi terjemahan separa Chen boleh diperluas skopnya untuk dimanfaatkan dalam penterjemahan chengyu yang binaan hadapan mengandungi makna yang berlainan daripada makna binaan belakang. Kajian ini turut menemui dua strategi baharu, iaitu strategi serangkai yang melibatkan gabungan mana-mana dua strategi serta strategi pemberian padanan sejadi. Sesungguhnya, usaha penerokaan makna chengyu secara menyeluruh serta penerapan strategi penterjemahan yang sesuai dan berkesan amat mustahak bagi menjamin ketepatan penyalinan semula makna di samping mengekalkan lambang dan bentuk yang sama ke dalam bahasa sasaran.