Penterjemahan frasa al-Idafah Arab-Melayu menggunakan Google Translate

Teknologi telah menjadikan gaya baru dalam industri penterjemahan apabila mesin terjemahan direka dan dicipta bagi memudahkan pembelajaran bahasa dan terjemahan. Mesin berfungsi membantu kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia. Mesin terjemahan dan bahasa mempunyai perkaitan yang rapat antara satu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khadijah Sjahrony,, Maheram Ahmad,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6887/1/4330-10072-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6887/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teknologi telah menjadikan gaya baru dalam industri penterjemahan apabila mesin terjemahan direka dan dicipta bagi memudahkan pembelajaran bahasa dan terjemahan. Mesin berfungsi membantu kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia. Mesin terjemahan dan bahasa mempunyai perkaitan yang rapat antara satu sama lain. Bahasa Arab terdiri daripada serentetan frasa-frasa yang membentuknya. Frasa merupakan bahagian daripada ayat yang mempunyai satu kombinasi makna tertentu. Aspek penyandaran adalah penting bagi suatu perkataan bagi menyempurnakan makna suatu ayat. Dalam bahasa Arab dikenali sebagai al-Idafah. Mesin bersifat automatik hanya bergantung pada perisian dan bank perkataan yang ada, manakala manusia menggunakan kemahirannya ketika menterjemah. Kedua-duanya mempunyai keupayaan dalam menterjemah teks, tetapi terjemahan manakah yang mampu menghasilkan terjemahan yang lebih berkualiti. Justeru, kajian ini ingin melihat dan menganalisis perbandingan hasil terjemahan antara manusia dengan mesin dalam menterjemahkan frasa idafah serta melihat kelebihan dan kekurangan antara kedua-duanya. Teks terjemahan yang dianalisis iaitu novel al-‘Ankabut karya seorang penulis terkenal Mesir, iaitu Mustafa Mahmud. Analisis data dijalankan dengan kaedah kualitatif menggunakan analisis deskriptif yang melibatkan perbandingan dua kategori antara enjin terjemahan Google mewakili mesin terjemahan dengan penterjemah manusia, iaitu Nahmar Jamil. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan bagi memperoleh sampel frasa idafah yang terdapat dalam novel. Kajian mendapati bahawa mesin tidak mampu menterjemah frasa idafah dengan sempurna, terjemahan manusia tetap mempunyai nilai dan kualiti yang lebih baik berbanding mesin.