GIS dalam pendidikan geografi di Malaysia: cabaran dan potensi (GIS in the Malaysian geography education: Challenges and potentials)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini menjadi tunjang dalam merangka sistem pendidikan di Malaysia. Pengenalan KBSR dan KBSM merupakan reformasi pendidikan yang terbesar di Malaysia. Pendidikan di Malaysia sentiasa diselaraskan dengan kehendak pasaran dunia, iaitu bertujuan menghasilkan mo...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/683/1/4.2011-1-habibah_lateh-melayu-4.pdf http://journalarticle.ukm.my/683/ http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini menjadi tunjang dalam merangka sistem pendidikan di
Malaysia. Pengenalan KBSR dan KBSM merupakan reformasi pendidikan yang terbesar di Malaysia.
Pendidikan di Malaysia sentiasa diselaraskan dengan kehendak pasaran dunia, iaitu bertujuan menghasilkan
modal insan kelas pertama. Program Pengkomputeran Sekolah berjaya melengkapkan prasarana sekolah
dengan makmal komputer. Integrasi ICT dalam subjek-subjek di sekolah mula dilaksanakan. Namun,
sebarannya adalah tidak sekata. Subjek Geografi merupakan salah satu subjek yang masih bersifat
penghafalan fakta tanpa kemahiran teknologi. Integrasi teknologi dalam subjek ini amat perlu bagi
memartabatkan serta menghidupkannya. Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah amat sesuai diterapkan
dalam subjek Geografi. GIS merupakan salah satu sistem maklumat yang digunakan untuk menyimpan,
memapar, menganalisis dan memanipulasi data yang berkaitan dengan ruangan. Pelbagai negara lain
seperti Australia, New Zealand dan Singapura telahpun mengintegrasi GIS dalam proses P&P di sekolah.
Di Malaysia, GIS dalam bidang pendidikan masih di tahap perbincangan atas kertas kerja. Keupayaan GIS
untuk menerap masuk dalam sistem pendidikan di Malaysia masih dipersoalkan. Pelbagai persoalan seperti
sejauhmana GIS sesuai di peringkat sekolah, keberkesanan terhadap pelajar, kesesuaian dengan pelajar
sekolah dan keupayaan guru mengendalikan GIS sering timbul. Maka artikel ini membincangkan cabaran
dan potensi GIS untuk diimplimentasi dalam subjek geografi di sekolah. Kaedah analisis kandungan
digunakan untuk mencari sebanyak mungkin peluang dan halangan dalam mengimplimentasi GIS. Dua
puluh artikel dari dalam dan luar negara dianalisis secara terperinci menggunakan borang analisis
kandungan yang diadaptasi dari Crosswell, P. L. Penyenaraian halangan dan peluang ini diikuti dengan
pengagihan menggunakan analisis SWOT. Analisis SWOT ini bertujuan mengidentifikasi kekuatan,
kelemahan, ancaman serta peluang secara terperinci. |
---|