Islam dalam pendidikan dan hubungannya dengan pembentukan jati diri bangsa Melayu di Malaysia

Perbincangan mengenai Islam di Malaysia telah menarik minat ramai penyelidik sama ada dari dalam atau luar negara. Isu-isunya merangkumi pelbagai aspek bidang kajian seperti sosio-budaya, Islam dan masyarakat Melayu, sains politik, ekonomi mahupun isu-isu kenegaraan. Kecenderungan para pengkaji ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Munawar Ismail,, Zakaria Stapa,, Mohd Yusof Othman,, Mashitoh Yaacob,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6096/1/JD005862_37-50.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6096/
http://www.ukm.my/jhadhari/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbincangan mengenai Islam di Malaysia telah menarik minat ramai penyelidik sama ada dari dalam atau luar negara. Isu-isunya merangkumi pelbagai aspek bidang kajian seperti sosio-budaya, Islam dan masyarakat Melayu, sains politik, ekonomi mahupun isu-isu kenegaraan. Kecenderungan para pengkaji ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia memiliki nilai-nilai yang dinamik dan keistimewaannya yang tersendiri. Justeru, satu kajian telah dilaksanakan bagi melihat secara empirikal data-data yang menunjukkan hubungan antara nilai-nilai dinamik yang ada dalam diri bangsa Melayu dan hubungannya dengan nilai-nilai Islam yang telah diperoleh melalui pendidikan Islam yang berterusan di Malaysia. Artikel ini adalah berasaskan kajian kuantitatif yang bertujuan mengenal pasti sejauh manakah tahap pengetahuan Islam bangsa Melayu di Malaysia. Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual ini melibatkan seramai 587 orang responden terdiri daripada belia-belia yang memiliki ijazah dan yang tidak memiliki ijazah. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, hasil analisis kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan Islam responden adalah sangat tinggi oleh kedua-kedua kategori responden ini. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan Islam di Malaysia telah memberi kesan yang signifikan sekurang-kurangnya kepada penyerapan nilai-nilai asas Islam seperti akidah, syariah dan akhlak kepada belia Melayu di Malaysia.