Respons pemikir islam terhadap 'Etika Global' Hans Kung

Kajian ini merupakan mengenai respons beberapa pemikir Islam terhadap'Etika Global' Hans Kung' Etika Global.Permasalahan kajian menunjukkan bahawa pencabulan hak asasi manusia dalam kalangan umat Islam semakin membimbangkan,namun usaha perdamaian boleh disifatkan masih gagal 'Eti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Najihah Ahmad,, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria,
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5819/
http://www.ukm.my/ijis/kandungan.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan mengenai respons beberapa pemikir Islam terhadap'Etika Global' Hans Kung' Etika Global.Permasalahan kajian menunjukkan bahawa pencabulan hak asasi manusia dalam kalangan umat Islam semakin membimbangkan,namun usaha perdamaian boleh disifatkan masih gagal 'Etika Global'diperkenalkan oleh Kung bertujuan menangani konflik seumpama ini namun dari segi perspektif Islam, gagasan oleh barat yang beragama Kristian, Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk menilai gagasan Etika Global ini dari perspektif Islam menerusi analisa terhadap respons para pemikir Islam sendiri. Bagi mencapai tujuan ini pengkaji telah menggunakan metode kajian kualitatif menerusi proses pengumpulan ,penelitian penganalisisan dan pensistesisan data-data yang berkait secara langsung dengan perbahasan Etika Global'menurut Kung dan para pemikir Islam serta karya-karya yang membahaskannya secara tidak langsung.Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga bentuk respons pemikir Islam iaitu pertama, penolakan secara mutlak ekoran faktor prejudis terhadap agama-agama lain dan absolutisme dalam agama (ekslusivisme); kedua penerimaan secara mutlak ekoran faktor persamaan dalam keragaman (pluralisme agama)dan ketiga:penerimaan secara bersyarat disebabkan faktor terdapat nilai kebergunaanya kepada islam dan perbahasan ini memfokuskan kerangka hak asasi manusia bukannya teologi(inklusivisme).Kajian ini berupaya memberikan sumbangan dalam mewujudkan kefahaman yang jelas mengenai keperluan dan signifikan 'Etika Global' dan seterusnya menggesa agar masyarakat dunia umumnya dan umat Islam khususnya untuk menilai suatu gagasan baru secara lebih terbuka tanpa sifat penghukuman terlalu awal.