Pemindahan mesej menitifaks Melayu dalam terjemahan novel Sungai Mengalir Lesu

Makalah ini membincangkan isu pemindahan mesej mentifaks dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemindahannya dalam terjemahan mentifaks daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Korpus kajian dikenal pasti daripada novel Sungai Mengalir Lesu dan terjemahannya, Lazy River. Perbincangan dalam makal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hafeza Ahmad Marekan,, Goh , Sang Seong
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5554/1/Vol_12_3_%281019-1035%29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5554/
http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membincangkan isu pemindahan mesej mentifaks dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemindahannya dalam terjemahan mentifaks daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Korpus kajian dikenal pasti daripada novel Sungai Mengalir Lesu dan terjemahannya, Lazy River. Perbincangan dalam makalah ini memanfaatkan konsep makna situasi oleh Larson (1984) dan penterjemahan semantik oleh Newmark (1981). Tujuannya untuk meneliti pengungkapan semula pemikiran mesej mentifaks dalam teks terjemahan. Konsep budaya oleh Herskovits (1970) turut dimanfaatkan untuk mengenal pasti unsur budaya mentifaks dalam teks sumber. Pengkaji mendapati bahawa mentifaks yang wujud dalam budaya bahasa sumber dan dalam budaya bahasa sasaran lebih cenderung menepati fungsi teks, sekali gus dapat diungkapkan kembali dalam teks terjemahan. Kekurangan mesej yang berlaku pada terjemahan mentifaks dapat ditimbal balik menerusi maklumat tambahan dalam konteks kehadiran. Walau bagaimanapun, disebabkan sukarnya untuk mendapatkan kesamaan pemikiran yang mendasari sesuatu unsur budaya dalam dua bahasa yang berlainan, mesej mentifaks tidak dapat dipindahkan secara tepat daripada teks sumber kepada teks terjemahan. Perkara tersebut bukan sahaja menimbulkan isu kehilangan makna, malahan mendatangkan kerugian kepada pembaca sasaran kerana tidak dapat mengenali budaya sebenar dalam teks sumber.