Persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan bermain bagi aspek pekembangan bahasa dan literasi murid prasekolah

Pendidikan prasekolah berfokus kepada kurikulum berpusatkan murid melalui pelbagai aktiviti melibatkan murid secara aktif seperti belajar melalui bermain, meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan cuba jaya. Artikel ini membincangkan dapatan kajian tentang persepsi guru terhadap penggunaan kurik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Nor Puteh,, Aliza Ali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4646/1/141-159%2520Sharifah%2520Nor%2520%26%2520Aliza.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4646/
http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan prasekolah berfokus kepada kurikulum berpusatkan murid melalui pelbagai aktiviti melibatkan murid secara aktif seperti belajar melalui bermain, meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan cuba jaya. Artikel ini membincangkan dapatan kajian tentang persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan main dalam aspek perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah. Empat agensi utama pengelola pendidikan prasekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah KPM, KEMAS, JPN, dan swasta. Kaedah kuantitatif melalui soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Sampel terdiri daripada 60 guru prasekolah dari daerah Hulu Langat Selangor, namun hanya 51 borang soal selidik berjaya dikembalikan. Pemilihan sampel soal selidik dilakukan secara rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan semua responden mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan kurikulum berasaskan main tetapi tidak pasti bagaimana dijalankan. Ujian ANOVA Satu Hala menunjukkan jenis prasekolah, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar guru bukan faktor utama yang menentukan tahap pemahaman dan persepsi guru terhadap kurikulum berasaskan main dalam aspek perkembangan bahasa dan literasi murid. Hasil perbandingan persepsi guru dalam kajian ini diharap dapat memberi kesedaran tentang pentingnya mengintegrasikan aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran serta kolaborasi antara empat agensi pengelola pendidikan prasekolah negara perlu diwujudkan bagi memantapkan kurikulum kebangsaan prasekolah terutamanya aspek pendekatan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.