Penyesuaian diri dan cara gaya tindak pelajar Sabah dan Sarawak di Universiti Kebangsaan Malasia, Bangi

Penyesuaian diri merupakan proses yang sering dialami dalam kitaran hidup sesaorang manusia yang mengalami perubahan persekitaran.Impak keberkesanan penyesuaian diri mempengaruhi kehidupan harian individu. Dalam konteks pelajar,penyesuaian diri dengan persekitaran universiti adalah untuk mencapai ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasrudin Subhi,, Lee, Chui Pei, Salina Nen,, Norshaffika Izzaty Zaiedy Nor,, Khadijah Alavi,, Norulhuda Sarnon,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Perkembangan Pelajar ,U.K.M 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4518/1/7-Nasrudin_Subhi_et_al.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4518/
http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyesuaian diri merupakan proses yang sering dialami dalam kitaran hidup sesaorang manusia yang mengalami perubahan persekitaran.Impak keberkesanan penyesuaian diri mempengaruhi kehidupan harian individu. Dalam konteks pelajar,penyesuaian diri dengan persekitaran universiti adalah untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam pembelajaran. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penyesuaian diri pelajar serta cara gaya tindak terhadap masalah yang berlaku dalam hidup mereka. Kajian ini menggunakan alat ujian student adaptation college questionnaires shortened version (SACQ) (21-items) dan coping invetory for stressful situations ( CISS-21). Seramai 96 orang pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak di kampus UKM, Bangi telah mengisi soal selidik yang telah diedarkan. keputusan kajian ini menunjukkan bahawa penyesuaian diri pelajar mempunyai perkaitan signifikan dengan ketiga-tiga gaya tindak iaitu cara gaya tindak pengelakan,berorentasi tugasan dan berorentasi emosi. Hasil dapatan boleh dimanfaatkan oleh institusi pendidikan dan kaunselor dimana mereka boleh membantu pelajar menyesuaikan diri dalam keadaan persekitaran di universiti yang berlainan dengan lebih mudah dan cepat.