Strategi fonologi pengguguran dalam pertuturan kanak-kanak autisme

Permasalahan fonologi yang dialami oleh kanak-kanak Autisme (ASD) telah memberi kesukaran untuk menuturkan sesebuah perkataan dengan jelas. Pertuturan yang dikemukakan juga telah berlaku pengguguran segmen dalam sesebuah perkataan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bunyi konson...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazrul Muhamin Abdul Aziz,, Sharifah Raihan Syed Jaafar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23861/1/Gema%20Online_24_2_6.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23861/
https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1711
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permasalahan fonologi yang dialami oleh kanak-kanak Autisme (ASD) telah memberi kesukaran untuk menuturkan sesebuah perkataan dengan jelas. Pertuturan yang dikemukakan juga telah berlaku pengguguran segmen dalam sesebuah perkataan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bunyi konsonan dan vokal yang terlibat dalam strategi pengguguran. Seterusnya, menjelaskan jenis-jenis strategi pengguguran dalam pertuturan bahasa Melayu oleh kanak-kanak ASD. Akhir sekali, kajian ini meneliti peranan kekangan *KOMPLEKS dalam teori Optimaliti (TO) bagi setiap strategi pengguguran yang berlaku. Data kajian telah diperolehi menerusi kajian lapangan di Makmal Pembelajaran Autisme, Universiti Kebangsaan Malaysia (MPAUKM) melibatkan kaedah pemerhatian turut serta dan ujian pertuturan dengan menggunakan set Ujian Proses Fonologi ASD (UPFA). Kajian kes ini melibatkan tiga orang kanak-kanak ASD yang mempunyai masalah fonologi dalam tiga tahap kritikal yang berbeza iaitu rendah (ASD1), sederhana (ASD2) dan tinggi (ASD3). Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tujuh strategi melibatkan pengguguran segmen, iaitu pengguguran konsonan dalam suku kata kompleks, pengguguran konsonan frikatif, pengguguran konsonan getaran [r], pengguguran konsonan daerah velar, pengguguran konsonan daerah glotal, pengguguran vokal diftong dan pengguguran suku kata. Selain itu, peranan penting kekangan MAKS-IO, CYWYDD(CYW) dan *Containment telah mengawal pengguguran sesuatu segmen sehingga mengubah struktur suku kata asli. Namun, kekangan *KOMPLEKS yang menjadi induk utama kepada kekangan yang membenarkan pengguguran segmen yang mengandungi fitur dan suku kata kompleks. Hasil kajian ini dapat memberikan input tambahan kepada ibu bapa dan guru MPAUKM yang mengendalikan kanak kanak ASD yang mempunyai masalah fonologi. Secara tidak langsung, dapatan ini juga dapat memberi galakan intervensi pertuturan yang bersesuaian melibatkan alat artikulasi kanak-kanak ASD.