Faktor demografi dalam memperihalkan perbezaan stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya dalam kalangan anggota bomba di Malaysia
Stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya merupakan isu global yang berpotensi menjejaskan prestasi dan reputasi organisasi. Dalam konteks ini, faktor demografi juga dianggap sebagai penentu bagi fenomena tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbezaan ciri-ciri demografi dalam s...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23733/1/90-104%2070106-245765-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/23733/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya merupakan isu global yang berpotensi menjejaskan prestasi dan reputasi organisasi. Dalam konteks ini, faktor demografi juga dianggap sebagai penentu bagi fenomena tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbezaan ciri-ciri demografi dalam stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya. Secara khususnya, kajian ini mengandaikan wujudnya pengaruh signifikan faktor demografi seperti umur, tempoh perkhidmatan, dan status perkahwinan ke atas stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya dalam kalangan anggota bomba di Malaysia. Data kajian ini dikumpul daripada 234 anggota bomba di Malaysia menggunakan soal selidik. Seterusnya, data kajian dianalisis menerusi kaedah analisis deskriptif dan regresi menggunakan perisian SPSS versi 27. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan signifikan antara ciri-ciri demografi tersebut dalam stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya. Selaras dengan ulasan literatur, dapatan kajian ini membuktikan bahawa ciri-ciri demografi turut mempengaruhi stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya. Secara praktikalnya, kajian ini mencadangkan agar organisasi dapat memperkasakan program intervensi seperti penyeliaan yang efektif dan perkhidmatan sokongan psikologi berdasarkan ciri-ciri demografi pekerja bagi meminimumkan stres pekerjaan dan niat untuk berhenti serta menangani lesu upaya di tempat kerja. Inisiatif ini bukan sahaja membantu organisasi dalam mengekalkan bakat terbaik, bahkan menambahbaik kesejahteraan mental. |
---|