Perubahan dalam kurikulum mata pelajaran sains tahun 1: analisis kesediaan, cabaran dan strategi guru

Isu perubahan kurikulum terutamanya dalam mata pelajaran Sains Tahun 1 berpunca daripada kandungan kurikulum sedia ada yang semakin padat dan sukar, dan secara langsung menjadi perdebatan dalam kalangan ahli akademik. Hal ini menyebabkan guru-guru bergegas menghabiskan silibus tanpa mengambil ki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sugantie Ealangov,, Siti Nur Haslinda Md Saleh,, Mohd Zain Derasip,, Khairul Azhar Jamaludin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23707/1/Akademika_94_1_6.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23707/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1701
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu perubahan kurikulum terutamanya dalam mata pelajaran Sains Tahun 1 berpunca daripada kandungan kurikulum sedia ada yang semakin padat dan sukar, dan secara langsung menjadi perdebatan dalam kalangan ahli akademik. Hal ini menyebabkan guru-guru bergegas menghabiskan silibus tanpa mengambil kira tahap penguasaan murid. Oleh itu, adalah wajar untuk melakukan perubahan dalam sukatan mata pelajaran Sains agar kurikulumnya kekal relevan, mudah difahami dan diminati oleh murid. Justeru, guru perlu bersedia dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi menghadapi cabaran perubahan kurikulum. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan, cabaran dan strategi guru Sains Tahun 1 menghadapi perubahan kurikulum. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif kaedah temu bual untuk tujuan pengumpulan data. Sampel kajian ini terdiri daripada lima guru Sains Tahun 1 Sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Melaka yang dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Temu bual separa berstruktur dijalankan menggunakan protokol temu bual yang diadaptasi daripada kajian-kajian lepas dan data dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan guru bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk menghadapi perubahan kurikulum Sains Tahun 1. Namun begitu, guru menghadapi cabaran yang ketara dari segi penguasaan pengetahuan aras tinggi dan aplikasi kandungan kurikulum. Walaupun terdapat cabaran, guru bersedia menghadapi cabaran tersebut dengan melaksanakan strategi-strategi yang berkesan bagi menghadapi perubahan kurikulum