Impak inovasi pemasaran dalam pengkomersialan pelancongan luar bandar: kajian kes program inap desa di Semenanjung Malaysia
Dalam mendepani persekitaran luaran yang semakin mencabar, pelancongan luar bandar sewajarnya bertindak lebih proaktif dalam mengkomersialkan produk mereka agar dapat terus berdaya saing. Begitu juga program inap desa yang menawarkan produk pelancongan unik dilihat berpotensi menyumbang kepada pemba...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23107/1/pengurusan_69_6.pdf http://journalarticle.ukm.my/23107/ https://www.ukm.my/jurnalpengurusan/view-articles/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam mendepani persekitaran luaran yang semakin mencabar, pelancongan luar bandar sewajarnya bertindak lebih proaktif dalam mengkomersialkan produk mereka agar dapat terus berdaya saing. Begitu juga program inap desa yang menawarkan produk pelancongan unik dilihat berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Namun, terdapat program inap desa yang mengalami kadar penurunan pelancong ekoran
kurangnya inovasi dalam teknik pemasaran. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menerokai impak pelaksanaan inovasi pemasaran terhadap prestasi program inap desa. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah penyelidikan kualitatif telah digunakan yang melibatkan temu bual secara bersemuka dengan penyelaras program inap desa. Lapan buah program inap desa di Semenanjung Malaysia telah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Hasil temu bual ini dianalisis mengunakan teknik analisis kandungan. Kajian
mendapati inovasi pemasaran yang dilaksanakan meliputi tiga kategori iaitu penyertaan program komersial, jalinan usahaniaga agensi luar dan penggunaan medium digital. Inovasi tersebut telah memberi impak terhadap prestasi program inap desa dari aspek pertambahan penglibatan komuniti dan pencapaian anugerah homestay. Implikasinya, dapatan kajian ini menyumbang kepada perkembangan ilmu keusahawanan dengan menekankan kepentingan inovasi terutamanya inovasi pemasaran dan prestasi pelancongan luar bandar. Hasil kajian ini berguna kepada pemain industri sebagai panduan untuk meningkatkan teknik pemasaran yang lebih berkesan dalam usaha mengkomersialkan program inap desa ke peringkat global. |
---|