Kesan kaedah pengeringan berbeza terhadap ciri fizikokimia, kandungan fenol dan aktiviti antioksida daun Galak Tua (Stemona curtisii)

Stemona curtisii, atau pokok Galak Tua berpotensi dalam memberikan manfaat kesihatan, perubatan serta sebagai racun perosak. Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan kesan kaedah pengeringan yang berbeza (ketuhar, ketuhar gelombang mikro dan sinaran matahari) terhadap ciri fizikokimia, kandungan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tan, Hui Kiang, Haslaniza Hashim,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22889/1/SML%207.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22889/
https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol52num8_2023/contentsVol52num8_2023.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Stemona curtisii, atau pokok Galak Tua berpotensi dalam memberikan manfaat kesihatan, perubatan serta sebagai racun perosak. Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan kesan kaedah pengeringan yang berbeza (ketuhar, ketuhar gelombang mikro dan sinaran matahari) terhadap ciri fizikokimia, kandungan fenol dan aktiviti antioksida daun S. curtisii. Pengeringan ketuhar dijalankan pada suhu 40°C, 50°C dan 60°C selama 4.5-7 jam. Pengeringan ketuhar gelombang mikro pula menggunakan kuasa output 540 W, 720 W dan 900 W selama 3-5 minit. Bagi pengeringan matahari, daun dikeringkan di bawah sinaran matahari pada julat suhu 25-37°C. Hasil kajian menunjukkan pengeringan ketuhar gelombang mikro merupakan kaedah yang paling berkesan untuk mengeringkan daun S. curtisii berbanding kaedah pengeringan yang lain. Pengeringan ketuhar gelombang mikro 900 W mendatangkan perubahan warna (ΔE) dan peningkatan nilai pH yang minimum secara signifikan (p<0.05) terhadap daun S. curtisii. Dapatan kajian telah menunjukkan pengeringan ketuhar gelombang mikro 900 W menghasilkan nilai jumlah kandungan fenol (TPC) dan nilai penurunan kuasa ferik (FRAP) tertinggi (P<0.05) pada daun S. curtisii. Pengeringan ketuhar gelombang mikro pada ketiga-tiga kuasa menunjukkan nilai DPPH dan ABTS yang lebih tinggi (p<0.05) antara kandungan fenol dengan aktiviti antioksida daun S. curtisii. Kesimpulannya, ketuhar gelombang mikro 900 W adalah paling sesuai untuk pengeringan daun S. curtisii dengan ia menghasilkan ciri fizikokimia, kandungan fenol dan aktiviti antioksida yang lebih baik berbanding kaedah pengeringan yang lain.