Kompetensi kepimpinan profesional bagi pemimpin pertengahan pendidikan

Pendidikan berkualiti sangat bergantung kepada tahap profesionalisme guru dan keberhasilan kepimpinan pendidikan. Kebanyakan kajian berkaitan kepimpinan pendidikan berfokus kepada Pengetua dan Guru Besar, berbanding meneliti keseluruhan kepimpinan termasuk pemimpin pertengahan yang merupakan tun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sukor Beram,, Marinah Awang,, Ramlee Ismail,, Norzalina Noor,, Norhayati Yusoff,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22810/1/pengurusan_68_13.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22810/
https://www.ukm.my/jurnalpengurusan/volume-main/jurnal-pengurusan/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan berkualiti sangat bergantung kepada tahap profesionalisme guru dan keberhasilan kepimpinan pendidikan. Kebanyakan kajian berkaitan kepimpinan pendidikan berfokus kepada Pengetua dan Guru Besar, berbanding meneliti keseluruhan kepimpinan termasuk pemimpin pertengahan yang merupakan tunjang kepimpinan pendidikan. Kajian yang lebih menyeluruh terhadap pemimpin pendidikan adalah diperlukan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar terhadap konstruk kompetensi kepimpinan profesional bagi pemimpin pertengahan di kolej matrikulasi menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM). Satu instrumen yang mengandungi senarai elemen kompetensi kepimpinan profesional dikemukakan kepada seramai 30 orang pakar daripada pelbagai bidang dan latarbelakang kepimpinan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa panel pakar bersetuju dengan konstruk dan elemen kompetensi kepimpinan profesional yang dicadangkan. Nilai threshold kesemua 13 elemen yang diuji memenuhi syarat d≤0.2, memperoleh kesepakatan pakar melebihi 75% dengan nilai antara 93% sehingga 100% persetujuan, dan melepasi syarat nilai alpha cut melebihi 0.5 (α-cut≥0.5) iaitu dengan nilai antara 0.886 hingga 0.940. Proses defuzzification yang dijalankan menerusi FDM juga telah menyusun semula semua elemen berdasarkan pangkatan yang dipersetujui oleh pakar. Kajian ini turut mengetengahkan empat elemen baharu iaitu keupayaan memimpin, membuat keputusan berasaskan data, keupayaan penulisan pelaporan dan kemahiran pengetahuan baharu dalam konsteks kompetensi kepimpinan profesional yang melibatkan pemimpin pertengahan pendidikan.