Konsepsi pelajar terhadap pembacaan dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
Sejak kebelakangan ini, kajian yang bertumpu kepada konsepsi pelajar terhadap pembelajaran amatlah giat dijalankan. Dua pandangan utama telah terhasil daripada kajian ini; pandangan pertama berkait dengan pemahaman permukaan yang merangkumi penyimpanan maklumat, penghasilan semula ilmu dan penamb...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2008
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2269/1/page1_21.pdf http://journalarticle.ukm.my/2269/ http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%20vol%208%20%282%29%202008/page19_31.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sejak kebelakangan ini, kajian yang bertumpu kepada konsepsi pelajar terhadap
pembelajaran amatlah giat dijalankan. Dua pandangan utama telah terhasil daripada
kajian ini; pandangan pertama berkait dengan pemahaman permukaan yang merangkumi
penyimpanan maklumat, penghasilan semula ilmu dan penambahannya, manakala
pandangan kedua meliputi konstruksi makna dan perubahan pemahaman secara peribadi.
Kajian-kajian berkaitan yang lain juga mendapati pandangan yang sama dengan dua
pandangan di atas. Bagaimanapun, kajian-kajian tersebut tidak menunjukkan wujudnya
kesepakatan pandangan dalam memahami makna sebenar konsepsi pelajar terhadap
pembelajaran. Ini disebabkan oleh wujudnya kepelbagaian cara pembelajaran yang telah
menghasilkan kepelbagaian konsepsi pembelajaran. Justru, kajian ini akan mengutarakan
hasil dapatan yang dijalankan ke atas sekumpulan pelajar ‘Limited English Proficiency’
(LEP) di sebuah institusi pengajian tinggi awam terhadap konsepsi pembacaan dalam
konteks pembacaan dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Menerusi soalan
terbuka dan tinjauan, dapatan menunjukan terdapat persamaan dan juga perbezaan
kualitatif pada konsepsi pembelajaran pelajar LEP. Seterusnya, implikasi hasil dapatan ke
atas pengajaran dan pembelajaran pembacaan dalam bahasa kedua juga akan di
bincangkan. |
---|